| Apakah perbezaan antara rangup dan rapuh?keropok udang/ikan/lekor yang rangup atau rapuh? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "rangup" memberi maksud mudah pecah atau patah, rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" memberi makna yang sama iaitu "rapuh". Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh". | Makna | 20.09.2021 |
| masalah saya ialah dalam frasa berikut :daging lembu, keropok udang, susu kambing,adakah perkataan lembu, udang dan kambing dalam frasa tersebut digolongkan ke dalam kata nama hidup bukan manusia atau frasa tersebut digolongkan dalam kata nama tak hidup bukan manusia.Terima kasih! | Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang. Perkataan lembu, udang dan kambing ialah kata nama hidup bukan manusia. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
| rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)? | Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan: Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan). · Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak; biskut yang sudah hapak. Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan: Garing ialah keras tetapi rapuh seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup. | Makna | 06.04.2014 |
| Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas, popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja). | Makna | 19.06.2018 |
| SAYA NAMA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MALAYU SAYA INGIN BERTANYA TRNTANG APAKAH MAKNA MAKANAN? | Menurut data kami, maksud makanan ialah apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dan lain-lain); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hiduphidupan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebaginya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat; | Makna | 20.11.2015 |
| SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ? | Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat; | Makna | 20.11.2015 |