Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

Definisi : 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembung­kus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg diguna­kan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon pepe­riksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); ~ rokok kertas utk meng­gulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang me­ngundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas I

Puisi
 
Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.

Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalam saya ingin bertanya mengenai ciri-ciri kertas cadangan yang baik? 2. perbezaan antara kertas kerja dan kertas cadangan? 3. saya inginkan contoh kertas cadangan yang berkaitan dengan bahasa melayu sebagai contoh kertas cadangan pesta pantun, bengkel bahasa melayu, pertandingan pidato dan sebagainya.. 4. apakah yang perlu ada dalam satu kertas cadangan?Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna pakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan juga merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan.Lain-lain30.08.2012
adakah kertas mahjong (kertas putih dan lebar) terdapat dalam entri kamus?kalau tiada perkataan apa yg perlu digantikanIstilah kertas mahjong tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Istilah11.02.2011
saya seorang pelajar undang-undang. apakah definisi kertas cadangan dan bagaimanakah ia berbeza dengan kertas kerja undang-undang? apakah panduan hendak menulis kertas cadangan dan kertas cadangan undang-undang? adakah bahan rujukan yang boleh saya rujuk?Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan dalam konteks ini ialah persoalan undang-undang. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna apakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan.Makna30.05.2012
Salam tuan di talian, Yang manakah tajuk yang sesuai bagi tajuk buku di bawah? 1. Aktual Format Kertas UPSR atau 2. Kertas Aktual Format UPSR? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.Kertas Aktual Format UPSR bererti kertas sebenar format UPSR; Kertas Format Aktual UPSR bererti kertas format sebenar UPSR.Tatabahasa22.09.2011
salam, yang mana satu betul? atau pun ada ungkapan lain yang lebih sesuai? terima kasih : "cadangan kertas kerja seminar bahasa" atau "kertas kerja cadangan seminar bahasa"Kedua-duanya betul, "cadangan kertas kerja seminar bahasa" merujuk kepada kertas kerja berkenaan, manakala "kertas kerja cadangan seminar bahasa" merujuk kepada seminar berkenaan. Walau bagaimanapun lazimnya penyediaan kertas kerja dibuat untuk seminar yang telah dipastikan. Oleh itu, yang paling tepat ialah "cadangan kertas kerja seminar bahasa".Tatabahasa15.06.2011
apakah panduan penulisan kertas cadangan

Salam sejahtera,

Harap maaf, soalan sdr. tidak jelas, adakah sdr. bermaksud panduan menyediakan kertas cadangan judul? Jika pertanyaan sdr. berkisarkan tentang panduan menyediakan kertas cadangan judul, maka jawapannya adalah seperti yang berikut:

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

Lain-lain17.09.2010
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul?

Lain-lain12.07.2010
perkembangan isu-isu semasa mengenai bahasa .Soalan sdr terlalu umum. Untuk mengetahui isu-isu semasa mengenai bahasa, sdr bolehlah mendapatkan maklumat mengenainya melalui kertas-kertas kerja yg ditulis mengenai pelbagai isu bahasa, jurnal bahasa, majalah bahasa yg terdapat dalam pasaran. Untuk meneliti kertas kerja yg membincangkan perkara ttg bahasa ini, sdr bolehlah datang sendiri ke bahagian Pusat Dokumentasi Melayu di DBP. T.kasih.Lain-lain12.09.2008
Nipis macam kulit bawang @ kertas tulis / Tipis macam kulit bawang @ kertas tulis. Yang manakah lebih sesuai. Tipis atau nipis untuk kulit bawang dan kertas tulis?Kedua-duanya boleh bertukar ganti.Makna30.07.2007
Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan daripada dewan peperiksaan ATAU Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan.Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan.Tatabahasa24.04.2007
12345678910...

Kembali ke atas