pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh? | Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran. | Tatabahasa | 13.11.2016 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Mohon pihak tuan menyemak terjemahan ayat berikut terutamanya berkaitan terjemahan "however caused": "I shall indemnify you on demand against all loss (including total loss), damage, claims and expenses arising out of any damage to the goods however caused." / "Saya akan melindungi pihak tuan atas tuntutan terhadap semua kerugian (termasuk kerugian penuh), kebinasaan, tuntutan dan perbelanjaan yang timbul daripada sebarang kerosakan ke atas barang-barang walau bagaimana ia disebabkan." Terima kasih. | However caused hanyalah terjemahan biasa dalam ayat dan bukan bentuk istilah. Oleh itu, terjemahan biasa dalam ayat tidak ada dalam sumber rujukan kami dan kami berpandangan penterjemah lebih mengetahui konteks ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2018 |
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:) | Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah: a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran.
| Tatabahasa | 28.02.2012 |
Merujuk kepada arkib soalan No. 38. Para penternak lembu mengalami kerugian "akibat" penyakit kuku dan mulut yang menyerang ternakan mereka. Bukankah "akibat" patut digantikan dengan "kerana" ? atau "sebagai akibat"? Perkataan "akibat" ialah kata nama dan bukan kata hubung. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akibat bermaksud hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya. Oleh itu perkataan akibat boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.10.2010 |
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Puan Rozita, Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
Mohon terjemahan terma di bawah ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris: Contingencies - luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan - ? loan loss coverage - ? perlindungan kerugian pijaman - loan loss coverage Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital Risk weighted capital ratio - Nisbah modal berwajaran Terima kasih Syameen | Contingencies - kontigensi, hal luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan loan loss coverage - perlindungan kerugian pijaman Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital (tier lazimnya terjemahan peringkat atau tingkat, terjemahan kumpulan group) Risk weighted capital ratio - Nisbah modal Wajaran Risiko | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2015 |
Wrongful loss | Terjemahan wrongful loss dalam bidang undan-undang ialah kerugian salah atau kehilangan salah. | Istilah | 15.06.2009 |
WHAT IS THE BAHASA MALAYSIA WORD FOR PRE-ACQUISITON LOSS? | Padanan bahasa Melayunya ialah kerugian praperolehan. | Istilah | 28.03.2008 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "defined loss" yang digunakan oleh syarikat takaful? Contoh penggunaan istilah, "... agreeing to mutually help each other, should any of the participants suffer a defined loss." Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "loss" bermaksud kerugian manakala "define" pula ialah mendefinisikan atau mentakrifkan. Oleh itu, defined loss" diterjemahkan kepada kerugian seperti yang telah didefinisikan atau kerugian seperti yang telah ditakrifkan. | Makna | 05.06.2018 |
berikan definisi lengkap insurans | Kamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia | Makna | 24.08.2007 |