Merujuk Tatabahasa Dewan m/s72, kata majmuk tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "kerusi malas" kerana akan mengubah maksud menjadi kerusi yang malas. Mengapa hak milik m/s73 menjadi kata majmuk berbentuk khusus sedangkan hak(membawa maksud milik dalam kamus dewan) dan boleh disisipkan kata hubung "dan" misalnya hak dan milik. | Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
saya ber nama Afeeyah karoomo,sedang belajar Melayu dasar, ingin bertanya Tatabahasa,Apakah maksud kata majmuk, Terima kasih | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
kata' rumah tangga' dan 'rumah baharu'. salah satu daripadanya ialah kata majmuk. Begaimanakah kita hendaklah memberikan penjelasan tentang cara membezakan kata majmuk dengan yang bukan majmuk ( seperti contoh di atas) ? | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Istilah | 03.03.2010 |
Adakah ibu bapa, bahasa Melayu, bahasa rasmi, nenek moyang dan wahana politik ialah kata majmuk? Apakah petua untuk mengenal pasti kata itu merupakan kata majmuk? Sekian terima kasih. | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar. Bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, gambar rajah, terima kasih dan sebagainya. Petua untuk mengenal kata majmuk ialah ia tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "yang". Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan. | Tatabahasa | 22.01.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya keliru dengan ejaan Bahasa Melayu kini. Contohnya ejaan sekali gus, jika dahulu ejaannya di dekatkan.. kenapa sekarang banyak perkataan dieja terpisah? Saya hanya ingin tahu untuk memberi penjelas kepada pelajar saya yang betanya akan hal ini. terima kasih | Sekali gus dan kata majmuk yang lain dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
apakah perbezaan kata majmuk dengan kata ganda? | Menurut data kami kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah katamajmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Manakala kata ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. | Tatabahasa | 22.07.2018 |
Saya Nuruyah cheadeng, sedang belajar di pusat bahasa Melayu kelas dasar ingin bertanya tentang tata bahasa, apakah perbezaan kata ganda dengan kata majmut, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 26.11.2013 |
saya Areed Bilsan sedang belajar bahasa melayu dasar di University Fatani Salatan Thai. saya ingin mengetahui tentang kata ganda dan kata majmuk dalam bahasa Melayu.Terimakasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 24.10.2013 |
Saya maklum bahawa Tatabahasa Dewan menetapkan hanya 15 sahaja dikategorikan sebagai majmuk mantap. Namun, ada buku-buku ilmiah malah para pendidik menyatakan ia lebih daripada itu iaitu sebilangannya menyatakan ada 33; ada juga menyatakan ada 41. Selain yang 15 itu misalnya ialah bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. Soalan saya kenapa perkataan ini bukan tergolong dalam majmuk mantap dan apakah kategori perkataan ini? Soalan kedua, antara Kamus Dewan Bahasa & Tatabahasa Dewan, yang mana lebih betul apabila berlaku percanggahan. Misalnya dalam soal kata baru dan baharu. Kamus menyamakan maksud baharu sebagai baru tetapi Tatabahasa Dewan membezakannya. Untuk makluman, saya merupakan pencita bahasa dan kerap berkongsi ilmu bahasa kepada umum. Antaranya dalam aplikasi Twitter menggunakan tanda pagar #PerkasaBMKita. Sumbangan saya ini diharap membantu sedikit sebanyak dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu yang betul. Terima kasih. | 1. Berdasarkan rujukan daripada buku Tatabahasa Dewan, kata majmuk ialah gabungan dua patah perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang berbeza dan menjadi satu makna lain atau makna baharu apabila perkataan tersebut digabungkan. Konsep kata majmuk juga harus mendukung maksud umum, contohnya: kerusi malas, maksud khusus, cthnya: pita suara dan maksud kiasan, cthnya: kaki ayam. Perkataan seperti bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. itu tidak dikategorikan sebagai perkataan majmuk mantap kerana perkataan-perkataan ini tidak mendukung konsep kata majmuk dan perkataan-perkataan ini bukan kata majmuk. Jika mengikut kategori, terdapat dua kategori dalam tatabahasa Melayu, iaitu golongan kata dan bentuk kata. Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas, manakala bentuk kata pula, terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk. Contohnya maksud perkataan “apabila” tidak mendukung maksud ketiga-tiga konsep kata majmuk tersebut kerana perkataan ”apa” , “bila”, dan “apabila” ialah kata tunggal jika kita melihatnya dari segi bentuk kata, dan kata tugas jika kita melihatnya dari segi golongan kata, Perkataan “sukacita” pula ialah kata adjektif, “kadangkala” ialah kata kata tugas, “peribadi” ialah kata nama. 2. Untuk maklumat yang lebih tepat dari segi tatabahasa, tuan/puan disarankan untuk merujuk Tatabahasa Dewan kerana kamus umum hanya merakamkan pelbagai bentuk kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 25.06.2018 |