Penggunaan “memek muka” dapat membantu keberkesanan komunikasi. “Memek muka”, “mimik muka” atau ada perkataan lain? | Memek muka ialah kerut muka seseorang kerana sesuatu perasaan sama ada hendak menangis, risau, geli hati dan sebagainya. Menurut rujukan kami, tiada perkataan lain selain memek muka. | Lain-lain | 19.01.2009 |
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |