"Kami dapat melatih kesabaran melalui aktiviti memancing ikan." Adakah melatih kesabaran ini betul? | Ayat yang betul, kami dapat melatih diri bersabar melalui aktiviti memancing ikan. | Tatabahasa | 11.08.2016 |
Adakah penggunaan perkataan " melatih kesabaran " betul ? | Frasa "melatih kesabaran" adalah salah. Sila berikan ayat yang lengkap supaya kami dapat memberikan perkataan yang sesuai. | Tatabahasa | 10.08.2016 |
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih. | Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Adakah padanan dalam BM utk ayat berikut sesuai? What patience! What suffering! What limitation! What restriction! Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah kerasnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu! | Padanan terjemahan yang sesuai ialah Alangkah besarnya kesabaran itu! Alangkah peritnya penderitaan itu! Alangkah sempitnya batasan itu! Alangkah ketatnya pengehadan itu! | Penyemakan dan penterjemahan | 10.09.2019 |