antara "mengalami kesakitan yang tersangat" dengan " mengalami sakit yang teramat", mana satu ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah "Mengalami sakit yang teramat". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Assalamualaikum.. 1.Saya keliru dengan penggunaan kata meniduri/menidurkan dalam ayat ibu meniduri/menidurkan adik. 2.Yang mana betul-Ali mengalami kesakitan yang teramat @ Ali mengalami kesakitan yang amat sangat. | 1. Ayat yang betul ialah - ibu menidurkan adik, menidurkan bermaksud membuat supaya tidur. 2. Ali mengalami kesakitan yang teramat, Ali mengalami kesakitan yang amat sangat - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
Salam sejahtera, Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan.( belakang disengat perlu tambah `oleh`?) | Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan. Ayat ini betul. Kata sendi nama oleh boleh digugurkan sekiranya kata kerja (disengat) diikuti pelaku (lipan) tanpa diselangi kata lain. | Tatabahasa | 20.07.2020 |
Tn.Munsyi,mohon penjelasan frasa berikut : 1."kesakitan yang teramat sangat " adakah frasa ini tepat dalam ayat Ali mengalami kesakitan yang teramat sangat setelah terjatuh dari basikal. 2.Frasa "teramat sangat" adakah betul dan tepat daripada " tersangat amat" 3.Pemandangan di Langkawi "sungguh amat terindah" Frasa sungguh amat terindah adakah tepat daripada "amat sungguh terindah" 4.Bagaimanakah tatacara kita menyusun amat,sangat dalam frasa adjektif...amat didahulukan disusuli sangat atau sangat didahulukan disusuli oleh amat? Ulasan Tn.Sangat saya hargai didahului dengan ucapan terima kasih.... | Menurut data kami, kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat sakit. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat sakit dan teramat cantik. Ayat yang betul ialah pemandangan di Langkawi teramat indah. Selain itu, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). | Tatabahasa | 30.03.2020 |
Adik menangis kerana tidak dapat ___ kesakitan itu. perkataan "menelan" sesuai dalam ayat di atas ?? | Perkataan yang tepat ialah menahan kesakitan. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Adakah penggunaan bahasa berikut betul untuk "tagline"? Picitkan Jerawat Tanpa Kesakitan | Cadangan kami ialah Rawatan Jerawat Tanpa Kesakitan. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
(a)Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari kati? Adakah ayat tersebut gramtis? (b)Adik terbangun (dari / daripada) tidur kerana dentaman mercun? terima kasih. | Ayat yang betul ialah A. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil B. Adik terbangun daripada tidur kerana dentaman mercun | Tatabahasa | 19.08.2009 |
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi akan berkhatan. Adi bertanya tentang kesakitan berkhatan. Adi bertanya kepada abangnya yang sudah berkhatan. | Adi akan berkhatan dan dia bertanya tentang kesakitan berkhatan kepada abangnya yang sudah berkhatan. | Tatabahasa | 02.11.2015 |
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul. 1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. 2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah. 3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. 4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Tatabahasa | 07.07.2008 |
1. Mak Siti sayang (pada/ akan/ kepada) anaknya. 2. Ali patuh (pada/ akan/ kepada) peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat sangat cantik. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? (merujuk kepada TD Edisi ke-3, "pada" tidak boleh digunakan di depan kata nama yang bermaksud sasaran, adakah pada dalam soalan 1 tidak boleh digunakan di depan anaknya?) | Ayat yang betul ialah: 1. Mak Siti sayang akan anaknya. 2. Ali patuh pada peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat cantik / sangat cantik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, rujuk halaman 274, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 08.08.2010 |