| apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com | Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu. Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb). | Makna | 08.08.2009 |
| Salam Tuan/Puan, Apakah perkataan hikmah /hikmat , kedua-dua sama erti dan penggunaannya. Terima kasih | Hikmah bermaksud: 1. kebijaksanaan 2. kelebihan atau kebaikan yang tersembunyi daripada sesuatu kejadian yang berlaku. 3. Kelebihan atau kebaikan yang ada pada sesuatu larangan, amalan dan lain-lain. Hikmat bermaksud: 1. kelebihan atau kebaikan yang tersembunyi daripada sesuatu kejadian yang berlaku. 2. kebijaksanaan 3. kesaktian atau kuasa luar biasa yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu. 4. (berkenaan dengan sesuatu) mempunyai kesaktian atau kuasa yang luar biasa. Penggunaan perkataan “hikmah” dan “hikmat” perlu disesuaikan mengikut konteks ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 770. | Ejaan | 23.10.2025 |