Kekeliruante tentang penggunaan Penanda Wacana yang kerap digabungkan dengan kata ganti nama 'nya', sedangkan 'nya' membawa maksud dia iaitu ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh yang saya dapat melalui bahan taklimat pihak Kementerian Pelajaran iaitu, Seterusnya, Tamsilnya, Misalnya, Contohnya, Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya. Bukankah penggunaan ini merupakan satu bentuk kesalahan umum dalam tatabahasa ? Sekian, terima kasih. | Puan Allison, Fungsi 'nya' dalam perkataan tersebut adalah sebagai kata pembenda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.05.2010 |
1. mengenengahkan atau mengetengahkan? 2. mensabitkan kesalahan atau menyabitkan kesalahan? 3. menyintai atau mencintai ? 4. pemelajaran atau pembelajaran ? 5. pemeritahuan atau pemberitahuan ? | 1. mengetengahkan. 2. mensabitkan kesalahan. 3. mencintai. 4. pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. 5. pemberitahuan. | Makna | 21.01.2010 |
Salam. saya memohon untuk signboard kedai makan. Nama kedai makan saya ialah NJ JOM LEPAQ LEPAQ. status saya tak lulus. boleh saya tahu apa kesalahan bahasa nya? | Assalamualaikum. Mohon tuan/puan mengajukan soalan/ kemusykilan tuan/puan kepada pegawai yang mengendalikan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan menghubungi nombor telefon 03-2147 9108/9109/9100. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 11.05.2017 |
1. Bolehkah perkataan “nya” digunakan untuk objek selain manusia? Sebagai contoh, “Walaupun rumah itu besar tetapi keadaannya sunyi”. 2. “Sejak kecil Anita lebih serong kepada bidang sukan.” Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 3. A.Lari!Jerit kakak kepada saya. B. “Lari!”jerit kakak kepada saya. Ayat manakah yang betul? 4. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 5. “Saya akan bertemu Aishah esok”, “Saya akan bertemu dengan Aishah esok”. Ayat manakah yang lebih gramatis. Sila berikan penerangan. 6.Apakah perbezaan antara “orang orang” dengan “orang-orang”? Terima kasih. | 1. Selain sebagai kata ganti nama diri manusia ketiga, kata –nya boleh berfungsi sebagai kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda). Rujuk tatabahasa Dewan halaman 295-296. 2. Sejak kecil Anita lebih cenderung kepada bidang sukan. 3. “Lari!” jerit kakak kepada saya. 4. Saya akan bertemu dengan Aishah esok. 5. Ejaan yang betul ialah orang-orang. | Tatabahasa | 31.12.2014 |
Kesalahan penggunaan kata 'ianya' di awal ayat. | Di awal atau pertengahan ayat hanya kata ia sahaja yang betul dan boleh digunakan kerana ia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata ianya salah tidak boleh digunakan langsung kerana nya juga ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sekiranya ia + nya disekalikan, maka akan terjadi unsur lewah. | Tatabahasa | 07.02.2010 |
asalamualaikum, saya mempunyai kekeliruan mengenai penggunaan perkataan yang khas dalam istilah agama. setakat ini, banyak kekeliruan istilah agama dalam manuskrip yang saya edit. boleh saya mendapat "list" panduan ejaan laras agama contohnya penggunaan '-Nya' dan lain-lain.hal ini kerana panduan "list" tersebut penting untuk saya merujuk kesalahan istilah dalam manuskrip agama. saya berharap tuan/puan tidak keberatan menghantar panduan tersebut ke alamat email saya fiqline_89@yahoo.com | Ada beberapa kata bahasa Arab yang telah mantap dan diterima pakai dalam bahasa dan difahami dalam budaya Melayu. Kata-kata ini terakam dalam Kamus Dewan namun tiada sebuah buku yang khusus yang mengumpul semua kata-kata Arab tersebut. Ada juga istilah yang diambil daripada bahasa Arab terutamanya istilah yang berkaitan dengan agama. Saudara boleh merujuk Istilah Agama Islam terbitan DBP. Untuk makluman tuan, kata ganti nama diri 'nya' dieja bersambung kecuali '-Nya' yang merujuk Allah dieja sedemikian. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
1. Apakah halangan-halangan atau kesalahan dalam menggunakan kata singkatan diri seperti ku, kau, dan mu? 2. Kenapa pemelajaran dan bukannya pembelajaran? | Encik Abdul Razaka terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris ;manakala pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar; Sebenarnya tidak ada halangan dan kesalahan penggunaan singkatan diri seperti ku, kau, dan mu cuma singkatan ini lebih banayak digunakan dalam penulisan sastera dan kata bual. Terima kasih. | Tatabahasa | 10.06.2009 |
A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Tatabahasa | 08.04.2008 |
Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. yang manakah kesalahan tatabahasanya? "susah senangnya" atau "memperlihatkan"? jika salah, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan. terima kasih. | susah senang dan memperlihatkan, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat ini cuma dibuang "nya" pada susahsenangnya. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Berdasarkan takrifan tersebut, darjat dan martabat membawa makna yang sama. | Istilah | 25.02.2009 |