Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu; bekas tapak kaki dll; jejak: Kami tidak melihat sebarang ~ manusia di situ. 2 sesuatu yg timbul drpd sesuatu kejadian; akibat: Peperangan akan meninggalkan ~ yg buruk kpd rakyat. 3 perasaan atau fikiran yg timbul setelah membuat (membaca dll) sesuatu: Ucapannya tadi menimbulkan ~ yg kurang baik. berkesan 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? keberkesanan keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. mengesan 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. mengesankan meninggalkan kesan: Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. Kata-kata yg pedas itu sangat ~. pengesan 1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta tanya 1) ... kesan-kesan merokok (kepada/terhadap) pelajar... 2) ... membeli (dengan/pada) harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian oleh sebab tidak mempunyai wang yang cukup...1) ... kesan-kesan merokok terhadap pelajar...
2) ... membeli dengan harga yang rendah...
3) ... dia bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup...
Tatabahasa25.09.2013
kesan-kesan liberal islam

Saudara Amiza,

Jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Sila buat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. 

Lain-lain12.03.2010
bolehkah ayat dalam karangan dimulai dengan ' antara'. cth: Antara kesan - kesan pencemaran....Bolehkan ayat dimulai dengan 'namun'. Cth: Namun, banyak pihak yang tidak mengendahkan...Ayat boleh dimulai dengan perkataan antara, contohnya 'Antara tempat yang boleh dilawati di Sabah termasuklah ...'; dan kata namun boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa20.01.2011
Apakah maksud khalifah? Apakah tugas manusia sebagai khalifah? Apakah kesan-kesan meninggalkan tugas sebagai khalifah?Khalifah bermaksud pengganti (kpd. Nabi Muhammad SAW),(gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam Untuk menjawab soalan seterusnya saudara bolehlah membaca buku-buku tentang perkara ini yang terdapat di pasaran.  Makna19.09.2008
Sekiranya status semakan banting adalah 'Tidak lulus' adakah proses pembaharuan banting tidak dapat dilakukan? Adakah pihak berkuasa tempatan akan mengenakan tindakan sekiranya melihat banting yang tidak mendapat kelulusan dari pihak DBP? Dan apakah kesan - kesan lain dari status penyemakan in?Untuk makluman tuan, DBP menyemak penggunaan bahasa dalam paparan iklan, manakala yang meluluskan atau yang mengeluarkan lessen ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh itu, jika berlaku situasi yang tuan nyatakan, pihak PBT yang berkenaan akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan.Lain-lain06.06.2013
Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan koma sebelum perkataan dan. Adakah dibolehkan menggunakan koma sebelum perkataan 'dan'? Saya ada terbaca beberapa buku yang menggunakan penggunaan sedemikian. Bagaimanakah penggunaan yang sebetulnya? Contoh : telur, roti dan susu atau telur, roti, dan susu ? Seperkara lagi, bagaimanakah penggunaan 'al-Quran' yang sebetulnya? Adakah 'al' itu sepatutnya 'Al-Quran' atau 'al Quran dalam sesuatu ayat? Soalan terakhir, bagaimanakah penggunaan ayat dalam konteks huruf besar?misalnya tajuk Kesan-Kesan Buruk atau Kesan-kesan Buruk.Jika ia berupa tajuk,bagaimanakah penggunaan huruf besar untuk kata berganda seperti ini dan bagaimana pula penggunaan kata ganda dalam konteks ayat(bukan tajuk). Contoh: Negeri-Negeri Melayu atau Negeri-negeri Melayu. Sekian sahaja soalan saya. Sekian,terima kasih.

1. Penggunaan tanda koma sebelumdan’ lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelumdan’ biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur, dan surat khabar.

2. Ejaan yang didaftarkan dalam Kamus ialah al-Quran.

3. Kata ganda yang berfungsi sebagai tajuk dieja dengan huruf kecil seperti Hari Kanak-kanak Sedunia kecuali kata ganda tersebut telah didaftarkan dengan huruf besar.

Tatabahasa18.11.2011
KESAN DAN CABARAN MEDIA MASSA MASSA MASA KINI

Saudara,

Untuk pertanyaan seperti ini, saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. 

 

Lain-lain09.04.2010
kesan, faktor isi ruah dan status pemakanan ke atas kognisi kanak-kanak orang aslikognisi - cognition kognitif - cognitive kognisi - proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu kognitif - berkaitan dengan kognisiLain-lain06.06.2007
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
pertembungan bahasa 1. sejarah pertembungan bahasa. 2. kesan pertembungan bahasa. 3. kesan pertembungan bahasa kepada masyarakat

Saudara Yie,

Jawapan kepada pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah  makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan.     

Lain-lain22.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas