Antara kesannya (ialah/adalah) meningkatkan kadar pengangguran. Yang manakah kata pemeri yg sesuai digunakan? (meningkatkan kadar pengangguran ialah frasa kerja?) | Ayat yang gramatis, antara kesannya ialah peningkatan kadar pengangguran. | Tatabahasa | 25.09.2018 |
APAKAH KESAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK | Kesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas. | Lain-lain | 29.07.2009 |
1- tolong terangkan tentang sumbangan ekonomi dan kesannya terhadap negara dan rakyat.... 2- terangkan tentang ekonomi di dalam dan luar negeri | Sili rujuk bahan ini : 1. Dasar ekonomi Malaysia oleh Nik Hashim Mustapha. UKM : 1989 | Lain-lain | 11.03.2008 |
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu. | Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal. | Lain-lain | 10.01.2008 |
apakah penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains menyebabkan bahasa melayu terabai dan apakah kesannya kelak? | Apabila sesuatu bahasa itu tidak lagi dijadikan bahasa ilmu, maka bahasa itu lama-kelamaan akan hanya menjadi bahasa perbualan biasa dan semestinya akan menjatuhkan martabatnya. | Lain-lain | 17.08.2006 |
rujukan apakah yang terdapat di DBP bersesuaian dengan kajian saya mengenai penguasaan tulisan jawi dikalangan pelajar sekolah rendah dan kesannya terhadap pencapaian dalam pendidikan islam. Harap Tuan dapat senaraikan rujukan yang bersesuaian dengan kajian ini? | Sdr boleh mendapatkan rujukan ttg jawi dengan meneliti kertas kerja yg terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Pihak DBP pernah mengadakan konvesyen jawi suatu ketika dahulu dan kertas kerja tersebut disimpan di PDM sebagai bahan dokumentasi. Selain itu sdr boleh juga berkunjung ke JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) bagi mendapatkan maklumat mengenai tulisan jawi. Terima kasih. | Lain-lain | 14.09.2008 |
Boleh nyatakan contoh ayat 'cliche' | Padanan 'cliche' dalam bahasa Melayu ialah 'klise' yang bermaksud ungkapan yang sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya. Contoh: dunia tanpa sempadan, kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. | Istilah | 27.07.2009 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'adrenalin' ?? | Ejaan dalam bahasa Melayu ialah adrénalina (istilah Biologi) hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan `lawan' atau `lari'. | Makna | 19.03.2010 |
Kekeliruante tentang penggunaan Penanda Wacana yang kerap digabungkan dengan kata ganti nama 'nya', sedangkan 'nya' membawa maksud dia iaitu ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh yang saya dapat melalui bahan taklimat pihak Kementerian Pelajaran iaitu, Seterusnya, Tamsilnya, Misalnya, Contohnya, Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya. Bukankah penggunaan ini merupakan satu bentuk kesalahan umum dalam tatabahasa ? Sekian, terima kasih. | Puan Allison, Fungsi 'nya' dalam perkataan tersebut adalah sebagai kata pembenda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.05.2010 |