Kesatria atau kesateria | Kesateria ialah ejaan yang tepat yang membawa maksud perajurit yang gagah berani. | Ejaan | 09.08.2006 |
salam, sy nk tanya kalau bg pahlawan perempuan, diberikan perkataan srikandi, kalu bagi pahlawan lelaki, adakah ada nama lain utk menggantikan pahlawan? | Pahlawan bersinonim dengan wira, pendekar, sateria, kesateria, perwira dan panglima. | Tatabahasa | 07.01.2013 |
Tuan, Saya inginkan mendapatkan isitilah yang betul bagi perkataan berikut: 1. The Order of Chivalry 2. The Order of hospitaller 3. Crusaders 4. Hospitaller | Salam sejahtera, Padanan yang dicadangkan: a. The order of chivalry: Susunan kesateriaan b. The order of hospitaller: Susunan kesateria hospital c. Crusaders: Salibi/ mujahid d. Hospitaller: Kesateria hospital Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.04.2019 |
maksud perkataan Perwira dan Satria | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; | Istilah | 18.06.2009 |