selamat malam, saya ingin mendapatkan maklumat mengenai maksud perkataan simbiotik, hedonisme dan mutualirisme. saya berharap pihak DBP dapat membantu. sekian, terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, 1. simbiotik ialah (bkn hubungan erat) saling bergantung pd satu sama lain demi faedah dan kebaikan bersama: jelas sekali wujudnya hubungan ~ antara kegiatan pertanian dgn perindustrian di Malaysia. 2. Hedonisme ialah (hédonisme) pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. 3. Tiada kata mutualirisme yang terakam yang sumber rujukan kami, hanya kata mutualisme mengikut bidang geologi bermaksud kekesalingan dan mutualism mengikut bidang biologi bermaksud (kesalingan) satu bentuk simbiosis apabila kedua-dua pihak mendapat keuntungan tanpa menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak. | Makna | 08.10.2010 |
Tuan, di sekolah saya lazimnya menggunakan perkataan "sempena" sedangkan frasa "bersempena dengan" adalah betul. Contohnya: bersempena dengan Hari Guru, atau sempena Hari Guru? Ini ialah suatu persoalan yang sukar untuk saya, macam kedua-dua bentuk pun boleh digunakan sahaja? Tetapi pada pandangan saya, penggunaan yang betul patutlah "bersempena dengan", kerana "bersempena" bermaksud mengambil berkat daripada. Contoh ayat di dalam Kamus Dewan telah membuktikan tekaan saya ini. Contoh di dalam Kamus Dewan: Pertunjukan MAHA pd tahun ini diadakan bersempena dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh. Apakah pendapat tuan? | Kedua-dua perkataan boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.06.2014 |