Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.da.ran] | کسدرن

Definisi : perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini di­lakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mem­punyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.da.ran] | کسدرن

Definisi : perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek,
Berantonim dengan tidur

3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung,
Berantonim dengan jahil

Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMIKIRAN INTUITIF. TOLONG JELASKAN SEJELAS-JELASNYA DENGAN MEMBERI GEMBARAN YANG MENYELURUH TERMASUK CONTOHNYA SEKALIPemikiran intuitif ditakrifkan sebagai pemikiran yang menurut atau berasaskan intuisi atau kesedaran, (kesedaran yg disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir). bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lengkap berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau melayari laman web DBP bagi mendapatkan tajuk-tajuk buku yang sesuai berkaitan pemikiran intuitif ini, dengan klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan mendapatkan bahan melalui carian.Makna09.10.2007
apakh yang dimaksudkan dengan kesedaranPerkataan kesedaran bermaksud perihal (keadaan dll.) sedar (akan sesuatu),keinsafan,ingatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1407. Makna16.03.2009
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Saudara,

Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara.  

Lain-lain09.11.2010
Adakah penggunaan 'dos' dalam ayat ini betul? Juga, jika terdapat kesalahan tatabahasa yang lain, harap dapat dibetulkan. Terima kasih. Selain daripada mempertingkat kempen-kempen kesedaran melalui kursus, seminar dan media massa, para ibu bapa harus diberikan suntikan kesedaran dengan dos yang tinggi kerana mengikut dapatan kajian, tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan menghantar anak-anak mereka ke taska yang berdaftar adalah sangat rendahPenggunaan perkataan dos dan suntikan tidak perlu dalam ayat ini. Mesej kesedaran perlu disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.Tatabahasa05.04.2011
untuk menguruskan dan membangunkan keupayaan didalam kesedaran awam. kegunaan didalam betul? atau dalam sahaja?Ayat yang betul ialah: untuk menguruskan dan membangunkan keupayaan dalam kesedaran awam. Untuk makluman, kata sendi nama "dalam" digunakan  di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya.   Tatabahasa20.03.2012
Kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekkitar merupakan asas kpada perubahan amalan hidup masyarakat tentang pelaksanaan tanggung jawab yang menjurus ke arah cintakan alam sekitar. Hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan tahap kesedaran alam sekitar masyarakat Malaysia masih beradaMohon tuan/puan memberikan soalan yang lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang tepat.Lain-lain02.10.2021
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan pengesahan terjemahan bahasa melayu bagi istilah berikut dalam bidang psikologi: 1. Mindfullness 2. Conciousness 3. Awareness Biasanya orang akan terjemah kesemuanya sebagai "kesedaran" namun, ketiga-tiganya mempunyai tahapan kesedaran yang berbeza dan perlu mempunyai istilah yang khusus.Terjemahan yang sesuai bagi ketiga-tiga istilah yang diberikan, iaitu mindfullness, conciousness, awareness ialah kesedaran. Mohon berikan contoh ayat supaya pihak kami dapat memberikan maksud yang lebih spesifik mengikut konteks ayat yang diberikan.

Istilah07.11.2020
adakah penggunaan perkataan tingkatkan dl dalam ayat berikut betul? Setiap individu harus tingkatkan kesedaran mereka tentang pentingnya berjimat cermat.Penggunaan kata tingkatkan dalam ayat "Setiap individu harus tingkatkan kesedaran mereka tentang pentingnya berjimat cermat" adalah betul.Tatabahasa05.07.2022
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008
123456

Kembali ke atas