Penggunaan kata singkat Kau. Yang mana satu betul 1. kau milikku atau kaumilikku 2. kaubersamaku atau Kau bersamaku 3. kaudirundung kesedihan atau kau dirundung kesedihan 4. kausertku atau kau sertaku 5. Kau tidak gentar atau kautidak gentar Terima kasih | Penggunaan ku, kau dan mu yang disingkatkan daripada perkataan aku, engkau dan kamu hendaklah ditulis rapat dengan kata yang diterangkannya, sama ada sebelum kata kerja atau selepas kata nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 135-136. | Tatabahasa | 17.03.2024 |
Selain dari kematian, bolehkah menggunakan ucapan takziah kepada perkara-perkara musibah dan kesedihan? | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Istilah | 06.06.2010 |
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas? | Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
Apakah maksud melankolia? | Maksud melankolia ialah penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran. | Makna | 19.02.2010 |
Adakah perkataan "takziah" khusus digunakan untuk berita kematian sahaja? Sekian, terima kasih. | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Makna | 06.06.2011 |
Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." | Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan.
Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. | Lain-lain | 26.06.2013 |
Assalamualaikum.. saya kurang pasti dengan perkataan "Takziah" adakah perkataan tersebut hanya boleh diucap kpda keluarga yang kehilangan anggota seperti meninggal dunia?atau pon sebab2 lain selain meninggal dunia? Terima Kasih. | takziah, bermakna penyataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa. Perkataan ini bukan sahaja digunakan untuk kematian, tetapi juga menyatakan kesedihan dan dukacita. Terima kasih. | Makna | 16.01.2007 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan 1 yang saya tanya dan jawapan yang dicadangkan tempoh hari, ( Soalan : Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." Jawapan : Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan. Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. ) Menurut Kamus Dewan, salah satu daripada maksud basi ialah " lebihan (baki) wang", jadi dalam ayat contoh tersebut, adakah penggunaan perkataan "basi" salah ? Terima kasih. | Secara lazimnya, masyarakat lebih kerap menggunakan perkataan baki. Namun, penggunaan perkataan basi dalam ayat tidak salah kerana Kamus Dewan mendefinisikan sebagai lebihan (baki) wang. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
saya sekadar ingin memastikan penggunaan kata seruan aduh dan aduhai. apakah perbezaannya? Apakah kata seruan yang sesuai bagi ayat di bawah: _________ , kasihan sungguh pengemais itu? saya merujuk dalam Kamus Dewan menyatakan maksud kata aduh (mengeluh kerana kesakitan dll) sementara aduhai(rintihan). Maka apakah penggunaan kata seruan yang sesuai? pada pendapat saya secara logiknya, ayat ini merupakan satu keluhan dan bukan rintihan. | Saudara, Berdasarkan kedua-dua makna kata seru yang sesuai ialah aduhai, bagi menunjukkan rintihan dan rasa kesedihan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |