Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes | Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya. Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14). | Tatabahasa | 23.01.2013 |
definisi keselarasan huruf vokal | Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih dan sebagainya. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.09.2010 |
Selamat malam tuan/puan. Di sini saya ingin bertanyakan soalan mengenai pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keselarasan vokal. Jadi, apakah kepentingan-kepentingan pola keselarasan vokal tersebut dalam sistem ejaan bahasa Melayu? | Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. Harapmaklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih | 1. a-u (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Istilah | 07.04.2009 |
bagaimana cara untuk tahu sesuatu ejaan itu betul... adakah dengan cara menggunakan pola keselarasan vokal?? | Pola keselarasan vokal ialah salah satu rumus tatabahasa yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja dengan tepat. Cara yang paling baik ialah sentiasa merujuk kamus. | Ejaan | 26.05.2011 |
penerangan mengenai pola keselarasan huruf vokal? | Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-u (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 13.02.2010 |
Adakah rumusan menentukan keselarasan vokal masih relevan dalam bahasa Melayu? Contohnya a dengan a ( talam ), a dengan i ( cantik ), a dengan u ( lampu ) dll. Mengapakah ada rumus keselarasan vokal tetapi dalam masa yang sama ada kekecualian seperti awet, lakon, tiket, forum dll | Encik Rizuan, Sistem Keselarasan Vokal masih relevan dan menjadi panduan dalam pengejaan kata bahasa Melayu. Walau bagaimanapun terdapat kekecualaian bagi kata daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dan bahasa di Nusantara atas sebab persetujuan bersama antara negara anggota dalam Majlis Bahasa Indonesia Malaysia(MBIM) yang kini dikenali sebagai MABBIM. | Ejaan | 11.05.2010 |
Bagaimana mengenali 18 pola keselarasan vokal dalam cerpen? Adakah ia diambil dalam kata dasar sahaja atau boleh diambil dalam perkataan yang mempunyai imbuhan? Sebagai contohnya, u-u = bunuh (kata dasar) atau pembunuhan (bersama imubuhan). Walaupun perkataan yang mempunyai imbuhan boleh dikira sebagai pola keselarasan vokal? terima kasih | Pola keselarasan vokal boleh ditemukan dalam kata dasar dua suku kata atau dua suku kata terakhir. Berdasarkan contoh yang saudara berikan pola keselarasan vokal boleh dilihat dalam perkataan bunuh dan imbuh. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal | Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
nyatakan pola keselarasan vokal, dan kesilapan umum tatabahasa? | Sila lihat lampiran unutk keterangan Pola Keselarasan Vokal. Kesilapan umum tatabahasa ialah kesalahan yang biasa dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Contohnya penggunaan kata sendi dari dan daripada, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah, dalam dan di dalam dan sebagainya. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (di bawah tajuk Kata Tugas, m/s 235) untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Tatabahasa | 09.01.2008 |