DR ROHANI atau Dr ROHANI di bahagian nama untuk penanda tangan surat. | Jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya bermakna kesemuanya huruf besar - DR. ROHANI dan jika ditulis dengan huruf kecil ejaan yang betul ialah Dr. Rohani. | Ejaan | 23.03.2011 |
adakah nama gas seperti oksigen, karbon dioksida, argon nama khas? | Ya, kesemuanya adalah nama khas. | Lain-lain | 12.02.2007 |
PENGGUNAAN HURUF BESAR UNTUK JAWATAN PENOLONG PENSYARAH. | Nama Jawatan Penolong Pensyarah boleh ditulis huruf awalnya huruf besar atau kesemuanya huruf besar. Walau bagaimanapun, sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 22.07.2009 |
apakah maksud perkataan rempit yang terkini? adakah maksud-maksud rempit seperti yang dinyatakan pada http://rempitunited.my/info/definisi-rempit.html kesemuanya berdasarkan kamus dewan? terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, rempit dilabelkan sebagai dialek Perak yang bermaksud menyebat dengan rotan dan lain-lain. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang berkaitan dengan definisi lain yang diberikan oleh laman web tersebut. | Istilah | 02.05.2012 |
1. ..membawa kepada kebaikan 2...memberitahu kepada ibunya. 3...menjurus kepada kebaikan. 4..mendorong kepada kemungkaran 5..melancong ke luar negara. Soalan: Adakah kesemuanya kata kerja transitif dan perlu digugurkan kata sendi yang mengikutinya? | Membawa, memberitahu, menjurus dan mendorong ialah kata kerja transitif yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama, manakala melancong bukan ialah kata kerja tak transitif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 147. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Assalamualaikum... Saya mempunyai persoalan yang mungkin kecil akan tetapi penggunaan perkataan ini menyebakan saya masih keliru adakah wujud perkataan ini di dalam kamus dewan bahasa melayu kesemuanya. Perkataan atau penggunaan istilah ini selalu digunakan pada kertas kerja. soalan saya,adakah wujud perkataan 'persegaran' Harap pihak tuan dapat membantu. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk makluman sdr, tidak ada kata “persegaran” dalam Kamus Dewan. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi kata imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. | Tatabahasa | 02.07.2009 |
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahati | Cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata. | Lain-lain | 07.05.2005 |
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati. | Saudara Ang, Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Adahah ejaan Raja-Raja Melayu, Peminpin Negara, Panglima Perkhidmatan, Pemimpin Tentera Luar Negara di awal perkataan huruf besar. | Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu, pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am. | Ejaan | 19.07.2012 |
Antara berikut, yang manakah lebih tepat penggunaannya: - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Yang Ke-3 - Kejohanan Sukan Olahraga Ke-3 Tolong beri raionalnya. | Kesemuanya betul. Penggunaan 'kali yang' atau 'kali' hanya untuk menekankan 'ketiga' sahaja. Ayat/frasa tersebut masih boleh difahami walaupun frasa/kata tersebut tidak digunakan. | Lain-lain | 06.10.2009 |