Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sén.ja.ngan] | کسينجڠن

Definisi : keadaan senjang, ketidak­se-imbangan, kelainan, perbezaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sén.ja.ngan] | کسينجڠن

Definisi : ketidakse­imbangan; perbezaan: ~ antara yg berpendapatan rendah dgn yg ber­pendapatan tinggi makin luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesenjangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya hendak bertanya mengenai penggunaan kata kesenjangan. Apakah konteks ayat yang sesuai untuk menerangkan maksud kesenjangan agar lebih mudah difahami?

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2048, kata “kesenjangan” merujuk keadaan senjang. Contoh ayat ialah “Tahap ekonomi luar bandar memperlihatkan kesenjangan yang amat tinggi antara kawasan bandar dengan luar bandar.  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2048.


Tatabahasa02.11.2024
Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut?Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia.

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah:

senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif
1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain;
2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan;
3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya;

persenjangan ڤرسنجڠن kata nama
hal menjadi senjang;

kesenjangan کسنجڠن kata nama
keadaan senjang.

Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut:

Contoh 1:

Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat.

Contoh 2:

Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar.
Makna02.11.2024
Tuan, apakah beda antara "puas" dengan "berpuas"? Pada saya, beda dua kata itu hanya golongan kata, iaitu "puas" sifat dan "berpuas" perbuatan tiada melampau kerana telah ditambahi awalan ber- pembentuk perbuatan tiada melampau. Dalam Tatabahasa Dewan pada halaman ke-169, apabila sifat rasa seperti gembira, sedih bergabung dengan awalan ber-, ber- bermaksud berada dalam keadaan sifat rasa itu. Maka bermaksudlah "berpuas" berada dalam keadaan puas. Saya tidak melihat beda makna antara "puas" dengan "berpuas", hanya cara penggunaan kedua-dua kata dalam ayat mungkin sedikit lain. "Berpuas" bermaksud berasa puas, maka berpuas kepada jayanya dalam peperiksaan = berasa puas kepada jayanya dalam peperiksaan. Kalau digunakan kata "berpuas", digunakan kata "berpuas" sahaja, iaitu "berpuas kepada jayanya dalam peperiksaan" tetapi jika yang digunakan "puas", mungkin perlu disertakan kata "berasa", iaitu "berasa puas kepada jayanya dalam peperiksaan" kerana berasa puas = berpuas. Namun begitu, tanpa kata "berasa", saya tidak melihat kesalahan frasa "puas kepada jayanya dalam peperiksaan" kerana jika cerita frasa sifat "puas" dapat diluaskan dengan frasa sendi nama keterangan "kepada jayanya dalam peperiksaan". Saya telah mengetahui bahawa kedua-dua kata ini bermakna serupa dan golongan kedua-dua kata ini berbeda, yang hendak saya soalkan: adakah "puas" dan "berpuas" ini senjang kaedah penggunaannya dalam ayat? Bolehkah tuan menunjukkan kesenjangan tersebut?Awalan beR- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar seperti bertukar dan bersenam. Namun begitu terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu seperti bercukur, bertumbuk dan bertulis. Kata kerja bermain membawa maksud yang terkandung dalam kata dasar main. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai masa perbuatan didahului dengan perkataan telah, sedang dan akan. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang dapat menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan, maka perkataan telah, sedang dan akan boleh digugurkan. Contohnya ayat Ahmad sedang bermain bola sepak di Stadium Bukit Jalil menunjukkan perbuatan itu sedang dilakukan dan ayat Ahmad bermain bola sepak di stadium semalam, tidak perlu lagi didahului kata telah.
Tatabahasa22.12.2016

Kembali ke atas