Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
kesepaduan
[ke.se.pa.duan] |
کسڤادوان
Definisi :
keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
kesepaduan
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(4)
Istilah MABBIM
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(11)
Khidmat Nasihat
(4)
Artikel Akhbar
(1)
Artikel Majalah
(4)
Buku
(3)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Salam pihak DBP. Saya ada satu pertanyaan di sini. Apakah perbezaan di antara perkataan perpaduan dan
kesepaduan
?adakah ia mempunyai makna yang sama ataua makna yang berbeza? Saya ada mencari melalui carian google, terdapat satu carian yang menunjukka bahawa kedua makna perkataan ini mempunyai maksud berbeza Perpaduan-menjadi 1, berpadu, bergabung @bercampur sehingga kita tak mengenali bentuk asal
Kesepaduan
-seiring, bersama,selari @harmoni, tak bermaksud berpadu hingga hilang bentuk asalnya Adakah ini benar?
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
kesepaduan
bermaksud keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh.
Perpaduan pula bermaksud penggabungan, peleburan; persesuaian, kecocokan; perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan.
Daripada maksud yang diberikan, makna kedua-dua hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks.
Tatabahasa
16.11.2016
Mohon dapat memberi pandangan mengenai bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris. Tajuk ini adalah tajuk tema untuk seminar. SOCIAL UNITY THROUGH CULTURE, ART AND HISTORY: THE MUSEUM CHALLENGES. TERJEMAHAN:
KESEPADUAN
SOSIAL MELALUI BUDAYA DAN SENI: CABARAN MUZIUM Terima kasih.
Terjemahan yang tepat ialah:
KESEPADUAN
SOSIAL MELALUI BUDAYA, SENI DAN SEJARAH: CABARAN MUZIUM
Makna
16.08.2019
APA DIA WACANA
KESEPADUAN
DAN JUGA WACANA KERAPIAN? BOLEH JELASKAN SEDIKIT BERSERTA DENGAN CONTOH??
Wacana bermaksud kesatuan fikiran sama ada lisan atau tulisan. Sepadu bermaksud satu kesatuan, berjalin. Rapi bermaksud teratur, kemas. Oleh yang demikian wacana yang sepadu dan rapi mempunyai ciri-ciri tersebut. Untuk mendapatkan contoh sila rujuk buku atau makalah berkaitan perkara ini di perpustakaan.
Lain-lain
17.10.2008
APAKAH KEPENTINGAN PENYUNTINGAN DALAM PROSES PENULISAN?
Penyuntingan dalam penulisan merupakan satu peringkat yang penting kerana melalui cara ini sebarang kelemahan penulisan dari segi bahasa, fakta, kesinambungan idea,
kesepaduan
, keselaran dapat dikesan dan seterusnya diperbaiki. Penulis perlu mahir dalam aspek penyuntingan kerana apabila manuskrip diserahkan kepada penerbit, urusan penerbitan akan lebih cepat.
Lain-lain
26.07.2006
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...