Mohon maklum balas tentang ketepatan frasa "cara meningkatkan kesetiaan pekerja". Adakah frasa ini gramatis, dan adakah konsep peningkatan sesuai digunakan berkaitan kesetiaan pekerja, memandangkan kesetiaan biasanya merupakan sifat yang wujud atau tidak wujud pada seseorang? | Cadangan frasa yang sesuai adalah seperti yang berikut: a) Cara Memperteguh Kesetiaan Pekerja b) Cara Memperkukuh kesetiaan Pekerja | Tatabahasa | 17.05.2019 |
Kesetiaan pd raja & negara | teks mantap | Tatabahasa | 28.05.2008 |
Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat dan betul? Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap Pasaraya X Kepuasan dan kesetiaan pelanggan kepada Pasaraya X | Ayat yang lebih tepat dan betul ialah Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap pasar raya x. | Tatabahasa | 16.05.2018 |
Adakah ayat- ayat- di bawah betul? a) Persoalan tentang kesetiaan dalam percintaan. b) Kita hendaklah setia dalam percintaan. | Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut tidak mengandungi sebarang kesalahan. | Lain-lain | 07.04.2016 |
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK | Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; | Lain-lain | 07.08.2010 |
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)? | Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak): 1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua) 2. Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 28.06.2018 |
apakah maksud tajuk drama Tiang Cengal dan Dinding Sayung' dalam genre komsas Tingkatan 5? | Saudara, Drama "Tiang Cengal Dinding Sayung" bertemakan tetang kasih sayang dan kesetiaan isteri kepada suami dan keluarga serta kepincangan sikap anak-anak / generasi muda melaksanakan tanggunjawab terhadap ibu bapa. untuk maklumat lanjut sila layari www.cemerlangbm.com sekian, terima kasih. | Sastera | 23.02.2011 |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah perbezaan di antara khidmat dan perkhidmatan? 2)apakah perbezaan umpama dan seumpama? 3) adakah "angpau terbesar" dan "angpau terbanyak" mempunyai makna yang berbeza? Jika ya, apakah perbezaan tersebut? Terima kasih | 1)Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud khdimat ialah kebaikan yg dilakukan untuk menunjukkan kesetiaan kepada bangsa, negara dan lain-lain. manakala maksud perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (bertugas). 2) Maksud umpama menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sesuatu yg dijadikan perbandingan atau ibarat. Manakala seumpama pula bermaksud sama halnya dengan atau tak ada bezanya dengan. 3) Perbezaan angpau besar atau banyak pula ialah maksud angpau ialah wang dalam sampul kecil yang diberikan sebagai hadiah, sumbangan, pemberian dan sebagainya pada hari atau pada majlis tertentu, terutamanya pada hari Tahun Baru Cina. Maka penggunaan ayat yang betul bagi angpau ialah angpau terbanyak. | Makna | 21.12.2016 |
Salam Hormat, Mohon bantuan DBP untuk terjemahkan perkataan Bahasa Inggeris bagi Nilai Teras (Core Values) berikut ke Bahasa Malaysia: 1. Honour 2. Loyalty 3. Courage 4. Pride Bantuan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Honour - Kehormatan 2. Loyalty - Kesetiaan 3. Courage - Keberanian 4. Pride - Kebanggaan | Istilah | 18.11.2016 |