Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.tia.u.sa.ha.an] | کستياءوسهاءن

Definisi : (segala urusan) yg berkait­an dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.tia.u.sa.ha.an] | کستياءوسهاءن

Definisi : segala urusan yg berkaitan dgn tugas setiausaha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesetiausahaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak bertanya tentang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). saya sudah membaca iklan mengenainya. tetapi masalahnya saya tidak dapat memuat turun borang jawatan itu. jadi, pertanyaaan saya, bagaimana saya hendak mendapatkan borang tersebut? terima kasih.

Sdr,

Sekiranya sdr ingin mendapatkan borang tersebut, sila hantar sampul surat beralamat sendiri kepada kami sepertimana alamat yang tertera dalam iklan di akhbar tersebut. Sdr juga boleh datang sendiri ke pejabat kami di Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Pastikan permohonan sdr yang telah dilengkapkan dengan makalumat dan dokumen yang dapat menyokong permohonan sdr sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 6 April 2009.

TK.

Lain-lain16.03.2009
Apa kekosongan jawatan terdapat di DBP?

Sdr,

Kami menjadualkan untuk mengiklankan jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan) Gred N17 dalam masa terdekat ini. Sila layari laman web DBP atau membaca akhbar mingguan utama dalam tempoh terdekat ini.

 Terima kasih.

Lain-lain26.02.2009
urusetia dalam bahasa inggeris dan maksud urusetia?Dalam bahasa Inggeris urus setia ialah secretariat yang bermaksud pejabat yang bertanggungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian dan pentadbran.  Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah01.04.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan Pembantu Tadbir?

Salam sejahtera,

Terdapat empat skim perkhidmatan yang mempunyai gelaran Pembantu Tadbir. Skim perkhidmatan tersebut ialah:

1.     Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dahulunya dikenali sebagai Kerani

2.     Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikenali juga sebagai Personal Assistant kepada seseorang pegawai

3.     Pembantu Tadbir Rendah dikenali juga sebagai Jurutaip

4.     Pembantu Tadbir Tanah yang berkhidmat dengan jabatan yang melaksanakan urusan yang berkaitan dengan    

       pengurusan tanah.

Terima kasih.

 

Lain-lain08.10.2008
NAK TAHU TARIKH TUTUP DAN JUGA JAWATAN BAGI IKLAN DALAM LAMAN WEB GOV....Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Antaranya ialah jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, Ahli Fotofrafi Gred B11 dan beberapa jawatan lain. Sila layari laman web kami dari masa ke masa atau lihat iklan kami dalam akhbar tempatan pada hujung minggu. Kebiasaannya permohonan jawatan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan.Lain-lain30.03.2008

Kembali ke atas