Definisi: Kesiapsiagaan (= preparedness), betul ke? Saya tengah buat thesis tentang 'preparedness' terhadap wabak Avian Influenza. TQ, Dr. Amin HUKM asbaza7@yahoo.com atau dramin012000@yahoo.com | Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, kata ini merupakan imbuhan kepada kata siap. Siap siaga merujuk kepada keadaan sudah bersedia untuk melakukan sesuatu dan lain-lain. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kata ini, Dr. boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat pada muka surat 1485. | Makna | 06.01.2008 |
maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend? | Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan. | Makna | 24.11.2010 |
Ayat mana yang betul 1. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. ATAU 2. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. | Kedua-dua ayat yang diberikan sama. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya samada terdapat atau pun tidak perkataan "kesiapsiagaan" dalam penggunaan Bahasa Melayu kini. Jika mengikut perkataan Indonesia, siapsiaga itu bermaksud siapsedia. Di sini, saya inginkan kepastiaan adakah terdapat perkataan siapsiaga dlm Bahasa Melayu dan apakah makna yang sesuai dengan perkataan "preparedness" dalam Bahasa Melayu. Adakah ianya kesediaan atau kesiapsiagaan? | Perkataan siap siaga ada dalam bahasa Melayu dan sama maksudnya dengan siap sedia. Berdasarkan sumber rujukan padanan preparedness dalam bahasa Melayu ialah kesediaan. | Istilah | 26.03.2009 |