apakah punca kesilapan semantik dan contoh-contoh kesilapan semantik | Soalan ini mungkin berkaitan dengan kesilapan makna perkataan. Kesilapan makna perkataan mungkin berpunca daripada pemilihan makna bukan dalam bidang yang dipilih. Kajian semantik yang mengkaji tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata wajar dijalankan agar maklumat tentang sesuatu perkataan dapat dijelaskan dengan mudah dan menyeluruh. | Lain-lain | 22.02.2008 |
Tuan, harap dapat nyatakan bila berlakunya KESILAPAN BAHASA dan KESALAHAN BAHASA? Bagaimana pula KESILAPAN ATAU KESALAHAN TINGKAH LAKU? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, makna kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Contoh Ayat: Kalau saya tidak silap, umurnya baru 30 tahun. Kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah, iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul. Kesalahan tingkah laku, iaitu perbuatan yang menyalahi hukum. | Tatabahasa | 12.06.2010 |
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TK | Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
guru bm saya bagi tugasan suruh cari kesilapan penggunaan tatabahasa di laman web. lepas tu buat sebab n cadangan mengatasi kesilapan tersebut. bagaimanakah menulis cadangan mengatasi untuk kesilapan tatabahasa? kena dengan sumber rujukan dari sumber ilmiah sekali..contohnya kesalahn penggunaan kata pemeri dan kata sendi? | Saudara boleh merujuk laman web DBP dan cari maksud kata pemeri, iaitu ialah dan adalah dan tentukan penggunaan yang betul dan salah bagi ialah dan adalah, contohnya: Ahmad adalah guru atau Ahmad ialah guru. Kata sendi pula ialah kata yang menghubungkan dua kata atau ayat, iaitu "di", "ke", "dari", "daripada" dan sebagainya. Contoh kesalahan penggunaanya ialah Ali memasukkan pen di dalam bekas pensel atau Ali memasukkan pen dalam bekas pensel. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.08.2009 |
. Di manakah kesilapan ayat ini? 1. Banyak rama-rama dipelihara di taman itu. 2. Sayur-mayur di dalam bakul itu segar-segar belaka. Terima kasih | Ayat pertama betul. Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kedua dibetulkan menjadi "Sayur-mayur di dalam bakul itu segar belaka". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
TOLONG BETULKAN KESILAPAN UMUM TATABAHASA DAN SEBAB SALAH... | Dilampirkan teks yang telah disemak. Sila rujuk lampiran. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
TOLONG BETULKAN KESILAPAN UMUM TATABAHASA... | Dilampirkan bersama-sama teks yang telah disemak. Sila rujuk lampiran. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
TOLONG BETULKAN KESILAPAN UMUM TATABAHASA.... | Dilampirkan bersama-sama teks yang telah disemak. Sila rujuk lampiran. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
maaf atas kesilapan sebelum ini.. sy cuba mencari perbezaan antara MAPAN dan MAMPAN. di dalam kamus hanya terdapat perkataan MAPAN sahaja. mohon bantuan dari pihak tuan | Mapan bermakna sudah mantap atau kukuh, manakala mampan bermakna mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi (berkenaan dengan bidang ekonomi dan pembangunan). | Makna | 20.07.2008 |
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ATAUPUN (B)kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Apakah perbezaan antara KESILAPAN dengan KESALAHAN? | Kedua-dua ayat (A) dan (B) betul. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna silap ialah tidak salah, tidak disengajakan; manakala makna salah ialah tidak benar, tidak betul. Kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Kesalahan dimaksudkan sebagai tidak benar, tidak tepat, tidak betul, menyalahi hukum. | Makna | 10.06.2011 |