Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.li.tan] | کسوليتن

Definisi : perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.li.tan] | کسوليتن

Definisi : 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,

Peribahasa

Sebagai bisul hampir memecah.

Bermaksud :

Menghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.'Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.Tatabahasa01.03.2012
saya merasa kesulitan tentang beberapa perkara yang tabu di malaysia, sedangkan di indonesia tidak tabu...seperti butuh...bisakah tuan memberi contoh dan asal katanya...t`maksihPerkataan-perkataan yang mempunyai makna atau konotasi buruk dan negatif dalam masyarakat Malaysia tidak boleh digunakan walaupun perkataan tersebut mempunyai makna yang sebaliknya di negara asal. Langkah-langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dengan menjunjung agama Islam sebagai agama yang suci.Tatabahasa25.07.2010
saya memerlukan jasa baik tn. untuk selesaikan kesulitan yang saya hadapi bagi menentukan bentuk kata dan golongan kata..harap pihak tn. dapat membantuDilampirkan bersama-sama bentuk kata dan golongan kata yang telah ditentukan. Terdapat beberapa pindaan yang dihitamkan yakni terdapat kesalahan ejaan dan telah dibetulkan.Tatabahasa12.02.2013
assalamualaikum, saya ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang penggunaan kata 'dari' dan 'daripada' kerana saya mendapat sedikit kesulitan untuk menggunakan kedua-dua perkataan ini.'Dari' digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. 'Daripada' menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu.Makna10.10.2006
Salam sejahtera. Saya sedang mengkaji drama Bumiku Oh Bumiku karya Zaini Ozea. Aspek yang dikaji ialah kritikan masyarakat. Namun saya menghadapi kesulitan dalam mencari bahan rujukan. Bolehkah pihak DBP membantu saya dalam mencari maklumat-maklumat ini atau mencadangkan bahan-bahan rujukan yang boleh membantu saya. Sekian, terima kasih.Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini.Lain-lain03.04.2011
maksud bagi perkataan masalahMaksud masalah merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yg menimbulkan kesukaran (kesulitan).Makna31.07.2008
Salam Sejahtera Tuan Pohon jasa baik tuan dalam memberi pandangan berkenaan dengan pekataan berikut dalam bahasa melayu : Somatic Complaint (dalam bidang psikologi) Sekian dan maaf atas kesulitan SiawIstilah 'Somatic Complaint' tidak ada dalam Kamus Dewan. Kami boleh mencadangkan 'Aduan Somatik' untuk makna 'Somatic Complaint'. Bagaimanapun makna tersebut mestilah sesuai dengan konteks penggunaannya.Makna22.11.2012
salam 1Malaysia. saya Lydia Chung ingin bertanya tentang kesesuaian penggunaan perkataan graduasi dalam bahasa Melayu. saya sedang mereka/membuat borang maklumat individu. pada bahagian kelayakan akademik, saya menghadapi kesulitan untuk menulis ***tarikh graduasi*** Contoh: Kelayakan Akademik : Tarikh Graduasi: sesuai tidak penggunaan graduasi dalam ayat ini. sekian terima kasih.Untuk makluman tuan, perkataan graduasi tidak terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan pengijazahan bagi menggantikan graduasi, iaitu tarikh pengijazahan.Ejaan14.11.2013
bolehkah kawan saya yang berada di mesir menghantar karya pertandingan menulis cerpen berunsur islamik melalui emelnya. dan apakah emel yang dbp sediakan untuk perkhidmatan itu. kawan saya mahukan sesegera mungkin emelnya. maaf di atas segala kesulitan.Untuk makluman saudara pertandingan tersebut telah ditup pada 5 September yang lalu. Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel kepada roslida@dbp.gov.my atau rohaizah@dbp.gov.my.Lain-lain09.09.2011
Apakah istilah bahasa istana bagi kata "rombongan " untuk rombongan peminangan.

Saudara,

Tiada maklumat mengenai perkataan 'rombongan' dalam bahasa istana. Mohon maaf atas kesulitan tersebut.

Tatabahasa01.09.2012
123

Kembali ke atas