Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. ialah ayat majmuk jenis apa? keterangan ke? Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. ialah ayat majmuk keterangan ke? | Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. - ayat majmuk gabungan. Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. - ayat ini dibetulkan menjadi "Kita harus membantu orang yang dalam kesusahan" - ayat majmuk pancangan relatif. | Tatabahasa | 08.11.2010 |
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara? | "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga. | Sastera | 23.01.2024 |
apakah maksud malapetaka,bala? | Malapetaka ialah berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan,dsb); Bala ialah kejadian buruk yang menimpa seseorang atau sesuatu tempat. | Makna | 19.01.2008 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | Terjemahan yang bersesuaian bagi perkataan bahasa Inggeris 'suffering and distress' ialah penderitaan dan kesusahan. | Lain-lain | 17.08.2017 |
apakah peribahasa yang menggambarkan maksud sebarang kesilapan dalam membuat keputusan akan mengundang kesusahan kepada individu tersebut? | Untuk makluman saudara, kami tidak dapat mencari maksud setiap peribahasa melainkan dengan merujuk setiap satu peribahasa. Sila rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Tatabahasa | 25.05.2011 |
SOALAN DI LAMPIRAN FAIL. TERIMA KASIH. | Padanan bagi istilah adversity dalam bahasa Melayu ialah kesusahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah kepelbagaian dan diversiti kedua-duanya boleh digunakan kerana ia membawa maksud yang lebih kurang sama menurut Kamus Dewan Perdana, iaitu keadaan sesuatu yang pelbagai. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2025 |
Apakah istilah bahasa Melayu bagi 'pain cave'? Istilah ini biasa digunakan dalam kalangan komuniti triathlon dan pengayuh basikal jarak jauh untuk menggambarkan kesusahan yang amat menguji ketahanan fizikal dan mental mereka dalam sesi latihan yang panjang. | Padanan bagi istilah pain cave dalam bahasa Melayu ialah fasa sengsara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |
Ingin bertanya maksud peribahasa: AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN | Antara maksud peribahasa ini ialah sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. | Makna | 30.04.2009 |
Maksud 'Sejahtera' | Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat kata 'sejahtera' bermaksud aman dan makmur,senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana(kesusahan, gangguan,dll.) | Makna | 17.01.2008 |
ASLAMMUALAIKUM SAYA NAREEMAH BELAJAR BAHASA SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAHASA APAKAH MAKNA SEJAHTERA | Menurut data kami, perkataan "sejahtera" bermaksud bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sejahtera | Makna | 04.11.2015 |