Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan untuk ketam.Bolehkah kita menggunakan penjodoh bilangan ekor untuk ketam? | Penjodoh bilangan untuk ketam ialah ekor, ini bermakna boleh digunakan seekor ketam. | Tatabahasa | 29.10.2015 |
Apakah peribahasa 'Ketam Batu' | Ketam batu maksudnya sangat kedekut. | Lain-lain | 26.06.2008 |
peribahasa seperti ketam menyuruh/mengajar anaknya berjalan lurus/betul yang manakah satu yang betul? | Dalam buku Peribahasa Sekolah Menengah terbitan DBP oleh Asiah Abd. Rahman, peribahasa yang betul ialah ketam menyuruh anaknya berjalan betul, muka surat 261. | Tatabahasa | 25.03.2015 |
Manakah jawapannya Para petani di negara kita menggunakan ________ untuk memotong padi. A tuai B sabit C pisau D ketam | Para petani di negara kita menggunakan tuai untuk memotong padi. - tuai ialah pisau pemotong padi. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Dalam perjalanan pulang, Ibu Angsa tidak nampak Si Ketam yang duduk di tepi tasik. 2. Setelah memerikda sangkar Dodo, baru;ah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3.Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memotong/memangkas bunga. 4. Keesokan hari/keesokan harinya 5. Jom kita main baling-baling buah? ajak Si Tupai Kelabu. 6. Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 7. Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 8. Ha...ha...ha..kamu telah ditipu, wahai Si Buaya yang jahat! Hati saya tidak pernah tanggalkan badan saya,"kata Si Monyet. | Ayat nombor 1 betul. Ayat nombor 2 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodo terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. Ayat nombor 3 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda." Kata bapa arnab sambil memangkas bunga. Ayat nombor 4 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Pada keesokan hari/harinya Ayat nombor 5 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Jom kita main baling buah." Ajak Si Tupai Kelabu. Ayat nombor 6 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba Si Buaya ternampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. Ayat nombor 7 dan nombor 8 tidak difahami dan tidak jelas. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.12.2018 |
Salam / Selamat Petang, Saya ingin mengetahui apakah terjemahan perkataan yang paling tepat perkataan Bahasa Inggeris tersebut ke dalam perkataan Bahasa Melayu:- 1) Crustaceans (Haiwan laut berkulit keras seperti ketam, udang galah, dll.) 2) Molluscs (Haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang dan berkerang) Terima kasih. | Terjemahan yang tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Crustaceans - krustasia. 2. Molluscs - moluska | Penyemakan dan penterjemahan | 26.02.2015 |
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim. | Lain-lain | 11.03.2010 |
SAYA NAMA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MALAYU SAYA INGIN BERTANYA TRNTANG APAKAH MAKNA MAKANAN? | Menurut data kami, maksud makanan ialah apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dan lain-lain); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hiduphidupan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebaginya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat; | Makna | 20.11.2015 |
SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ? | Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat; | Makna | 20.11.2015 |
Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan 6 SMK Seri Serdang. Boleh tak terangkan perbezaan antara Kolokasi dengan Hiponim dan juga perbezaan Homonim dengan Polisemi. Terangkan secara terpeinci bersama contoh. | Wa alaikumussalam. Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (misalnya dalam ayat). Manakala hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kambing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang. Homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (ketam, paku). Manakala polisemi bermaksud sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Untuk mendapatkan contoh dan penerangan yang terperinci, puan dinasihatkan untuk membuat kajian lapangan dengan mencari buku linguistik di perpustakaan berhampiran. | Tatabahasa | 20.10.2014 |