Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ta.ba.ha.sa.an] | کتاتابهاساءن

Definisi : (hal) yg berkaitan dgn tata-bahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketatabahasaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Bahasa, 1. Frasa sendi yang manakah yang tepat: a)'dari segi', b)'daripada segi', c)'dari aspek', atau d)'daripada aspek' 2. Ayat yang manakah yang gramatis: a)"Aspek ketatabahasaan Bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" ATAU b)"Aspek ketatabahasaan dalam bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru" 3. Terjemahan slogan 'Stability Above Chaos' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih.1. Frasa sendi yang manakah yang tepat ialah dari segi dan'dari aspek.

2. Ayat yang lebih gramatis ialah  'Aspek ketatabahasaan bahasa Melayu akan diberikan penekanan oleh semua guru'. 

3.'Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'Stability Above Chaos'  dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan Kestabilan Mengatasi Kekacauan. Jika tidak bersesuaian, sila nyatakan konsep slogan tersebut.
Tatabahasa17.02.2013
Kemusyikilan BahasaSoalan tuan memerlukan penelitian dan kami perlu merujuk kepada pihak yang pakar dalam hal ketatabahasaan. Kami berusaha untuk menjawab secepat mungkin dan jawapan tersebut akan di-e-melkan terus kepada tuan.Tatabahasa02.04.2013
Assalamualaikum, saya ingin bertanya sekiranya terdapat percanggahan antara tatabahasa dewan dengan kamus pelajar edisi kedua terbitan dbp sendiri ,yang mana satu perlu diutamakan?

Waalaikumussalam. Untuk makluman tuan/puan, buku Tatabahasa Dewan memberikan pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tatabahasa. Kamus pula menyenaraikan kata dengan memberikan huraian makna kata.

Oleh itu, Tatabahasa Dewan akan dirujuk sekiranya ada percanggahan dalam hal yang berkaitan dengan tatabahasa.
Lain-lain16.07.2017
Dalam Kamus Dewan edisi keempat masih mempunyai entri 'memperbaiki' pada hal perkataan yang betul ialah 'membaiki'. Kesalahan ini telah dibetulkan dalam Tatabahasa Dewan. Saya ingin tahu buku yang manakah patut dijadikan jawapan muktamad sekiranya pelajar berkeras 'memperbaiki' masih ada dalam kamus...Jika terdapat percanggahan aspek tatabahasa antara buku Tatabahasa Dewan dengan Kamus Dewan atau buku-buku lain, maka rumus dalam Tatabahasa Dewan yang kita jadikan pegagangan. Kamus Dewan penting untuk kita mengetahui makna sesuatu perkataan, manakala untuk merujuk aspek ketatabahasaan buku Tatabahasa Dewanlah yang kita jadikan panduan.Tatabahasa05.04.2012

Kembali ke atas