Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 1. Apakah itu KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF? . Saya harap saudara dapat memberikan penerangan dalam bahasa yag mudah difahami untuk saya terangkan kepada anak saya yang berada didalam darjah dua. 2. Bagaimanakah cara penggunaannya? 3. Contoh - contoh soalan yang membuatkan anak saya menangis kerana disalahkan oleh guru. GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. Terimakasih. | Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Tanpa objek ayat tersebut taklengkap maksudnya (menjadi ayat tergantung). Contoh: Ali menyepak bola. (menyepak merupakan Kata Kerja Transitif, jika ayatnya, Ali menyepak - ayat tak sempurna). Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contoh; Adik saya masih tidur. (tidur merupakan Kata Kerja Tak transitif) GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola. iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. - ayat ini lengkap jika "Mereka berbincang" - tentang pelajaran bukanlah objek tetapi keteerangan tentang cerita, begitulah juga dengan ayat-ayat seterusnya. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih | Saudara Gan, Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah : i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa ii. payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya iii. tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut iv. tak putus-putus ketawa v. barang jemuran yang kering sekali | Makna | 03.02.2010 |
HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS? | Waalaikumusslam wbk. Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat: i. Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. ii. Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu). iii. Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam. Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik. | Lain-lain | 20.03.2008 |