Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ku.nan] | کتکونن

Definisi : 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ku.nan] | کتکونن

Definisi : 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekun (adjektif)
Bersinonim dengan rajin, gigih, bersungguh-sungguh, giat, rancak, asyik, beria-ia, teku, getol, selangkom, pulun;,
Kata Terbitan : bertekun, ketekunan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Adakah struktur ayat di bawah tepat? "Setiap bahagian yang berada di bawah aktiviti Ketekunan Wajar merumuskan pemerhatian dan ulasan ENY jika ada." Saya agak keliru dengan penggunaan istilah 'Ketekunan Wajar' dan perkataan 'jika ada' pada belakang ayat. Ini adalah terjemahan daripada "Each area covered under the due diligence activity summarizes ENY’s observations and remarks if any." Terima kasih.Perkataan "if any" boleh dipadankan dengan perkataan bahasa Melayu jika ada.

Untuk keseluruhan ayat. mohon nyatakan bidang kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep.

Contoh:

due diligence-usaha wajar (bidang undang-undang)

due diligence-penilaian wajar (bidang audit/perniagaan)



Mohon jelaskan juga maksud atau konsep ENY.
Makna11.11.2021
Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, jangan terkalahkan oleh cabaran. Ingatlah, kejayaan sering kali terselindung di sebalik usaha dan ketekunan yang tidak diketahui orang. Tanpa mengira di mana dan pada bila-bila masa, yakinlah kepada kebolehan diri sendiri, pasti kalian dapat mencipta keajaiban yang menjadi milik sendiri. Adakah ucapan ini betul dari segi tatabahasa dan adakah ayat gramatis? Saya bimbang akan kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa.Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, berani menempuh cabaran. Sesungguhnya, kejayaan terselindung di sebalik usaha dan ketekunan. Yakinlah akan kebolehan diri sendiri, pasti kalian akan dapat mencipta keajaiban di sebaliknya.Tatabahasa19.01.2024
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah.

Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang

Lain-lain11.05.2010
Istilah Ubudiyyah, masuliyyah dan itqan sering digunakan oleh penceramah. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut. Adakah istilah yang tepat yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu.Tidak ada maklumat tentang perkataan ubudiyyah, masuliyyah dan itqan dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet. Ubudiyyah dikaitkan dengan konsep pengabdian/penghambaan (manusia kepada Allah); masuliyyah ialah konsep kebertanggungjawaban atas apa yang dilakukan di muka bumi dan natijahnya di akhirat nanti; dan itqan bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (ketekunan). Sukar untuk menghuraikan ketiga-tiga perkataan dalam satu perkataan dan untuk maklumat yang lebih persis, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif dalam hal ini. Buku sekadar memberikan pengetahuan kepada kita tetapi ilmu lebih luas daripada sekadar tahu.Makna16.07.2013
Saya menghadapi masalah untuk menguasai bahasa malysia dengan baik .Dalam masa yang sama pihak majikan minta pada saya untuk menduduki pepiriksaan julai 2009 .Seandainya saya gaga mendapat kepujiaan maka saya akan diberhentikan kerja.! Untuk itu saya meminta nasihat D.B.P bagaimana nak kuasai bahasa malysia dan tolong tunjuk tempat yang bagus untuk belajar bahasa malaysia? sekian terima kasihUntuk belajar apa pun bahasa di dunia termasuk bahasa Malaysia memerlukan ketekunan, sentiasa meneliti nota/pedoman, dan sering bercakap menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Sila hubungi Institut Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus jangka pendek (jika ada) yang boleh saudara ikut serta.Lain-lain02.01.2009
Hi min nak tanya, yang betul konsistensi atau kekonsistenan? Ke sama je dua tu? Mohon penjelasan terima kasih.

Kedua-dua perkataan ini betul apabila digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan.

Konsistensi bermaksud tetap berpegang pada pendirian, pendapat dan sebagainya yang sama; tekal. Contoh ayat: Ayob begitu konsisten ketika dia menyampaikan dakwaannya. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149.

Kekonsistenan bermaksud hal atau keadaan yang konsisten, ketekalan. Contoh ayat: Ketekunan dan kekonsistenan ketika melakukan sesuatu pekerjaan adalah antara kunci untuk meraih kejayaan. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149.

Makna10.08.2024
encok berasal dari Bahasa JawaBenar, kata encok (enchok) berasal daripada bahasa Jawa jika merujuk A Malay-English Dictionary susunan R. J Wilkinson (1959). Namun, dalam kamus-kamus yang lain misalnya Kamus Bahasa Melayu susunan Sir Richard Winstedt (1960) berlabel In (Indonesia), Kamus Dewan (1970) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadarminta (1986) tiada berlabel, Kamus Besar Bahasa Indonesia (dalam jaringan) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) berlabel I (Indonesia) dan Kamus Dewan Perdana (2020) berlabel Jk (Jakarta).

Asal usul kata atau etimologi sesuatu kata (khususnya bahasa Melayu) sangat menarik untuk dikaji dan memerlukan kepakaran dan ketekunan dalam memperoleh maklumat yang tepat.
Lain-lain24.04.2023
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010

Kembali ke atas