Ketua Bahagian Ketenteraan Awam | Head of Public Order Division | Lain-lain | 30.04.2008 |
Cadangan terjemahan untuk "boot camp" iaitu latihan ketenteraan yang sangat mencabar untuk rekrut baru? | Tidak ada maklumat tentang boot camp dalam pangkalan data kami. Sila berikan kami konsep yang jelas tentang konteks penggunaan boot camp untuk kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.04.2015 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Rules of Engagement(ROE)". Bidang: Ketenteraan/Kepolisan | Untuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan Rules of Engagement dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan awal kami bagi perkataan tersebut ialah Peraturan Pertempuran jika bersesuaian dengan konteks penggunaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2018 |
apakah makna dan istilah perkataan logistik | Mengkikut Kamus Dewan makna perkataan logistik ialah 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb | Makna | 03.06.2009 |
apa yang di maksudkan dengan logistik | Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata logistik merujuk aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb | Makna | 05.03.2009 |
maksud bagi perkataan logistik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, logistik bermaksud : 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb. Untuk memudahkan saudara mencari makna perkataan, apabila melayari laman web DBP, sila taip perkataan yang dikehendaki pada menu carian spesifik. Makna perkataan yang dicari akan dipaparkan pada skrin berserta dengan sumber rujukan dan takrifan perkataan tersebut. | Makna | 08.03.2009 |
"ops". adakah kata pinjaman? | Kata 'Ops' manakah yang dimaksudkan? Jika 'ops' yang digunakan dalam seruan tidak ada sumber yang menyatakan asal kata berkenaan. Jika 'ops' seperti yang digunakan dalam kegiatan yang melibatkan orang ramai atau latihan ketenteraan, sumber daripada Kamus bahasa Inggeris, Webster menyatakan kata ini berasal dan dipinjam daripada bahasa Latin. | Tatabahasa | 27.03.2011 |
“Marshaller” atau “aircraft marshaller” merupakan individu yang bertanggungjawap bagi memandu pergerakan kapal terbang di landasan. Boleh saya tahu apakah perkataan "Marshaller/aircraft marshaller" dalam Bahasa Melayu untuk saya gunakan? | Dalam bidang sukan marshall diterjemahkan kepada marsyal atau pengawas. Marshall dan marshaller merujuk perkara yang sama, namun penggunaannya berbeza mengikut bidang. Bidang ketenteraan menggunakan marshaller. Oleh itu, kami mencadangkan istilah marsyal atau pengawas digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2019 |