LOS ANGELES 22 Ogos – Upacara pengkebumian Michael Jackson telah ditangguhkan sehingga 3 September ini daripada tarikh asal pada 29 Ogos. - Utusan Online Betulkah penggunaan kata 'pengkebumian' pada ayat tersebut. Jika salah, mengapakah media cetak menggunakannya? Bagaimana pula dengan kata 'ketepi' dan 'ketengah' apabila menerima imbuhan meN-....-kan? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah pengebumian. Media menggunakan pengkebumian mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tatabahasa yang betul. Bagi kata ke tepi dan ke tengah apabila menerima imbuhan meN- akan menjadi mengetepikan dan mengetengahkan kerana huruf yang digugurkan ialah huruf k pada ke tepi / ke tengah, bukan huruf t. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. | Tatabahasa | 22.08.2009 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |