Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ter.li.ba.tan] | کترليبتن

Definisi : perihal terlibat: dasar ini merupa­kan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ter.li.ba.tan] | کترليبتن

Definisi : hal terlibat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterlibatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD ILTIZAM(i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU.Lain-lain02.12.2010
maksud perkataan 'beriltizam', 'menggapai', 'wawasan'Beriltizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu atau komitmen. Menggapai bermaksud menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu manakala wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal atau pandangan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Makna22.10.2009
apa maksud ikhtizam dan betul ke ejaannyaPerkataan iltizam bukan ikhtizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 567.Makna01.01.2009
AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasihUntuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan.Istilah30.11.2012
ISTILAH MELAYU UNTUK PERKATAAN: 1. COMMUNITY ENGAGEMENT 2. REINFORCES DORMINANT CULTURE NORMS 3. AFFIRMS YPUTH WORKER POWER

Untuk makluman istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. community engagement - keterlibatan masyarakat

2. reinforces dominant culture norms - memperkukuh norma kebudayaan dominan

3. affirms youth work power - menegaskan/menyatakan/mengesahkan tenaga kerja belia (terdapat beberapa padanan untuk affirm, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan) 

Istilah22.04.2011
saya ingin memohon jasa baik tuan untuk menterjemahkan beberapa perkataan yang sesuai dan tepat dalam istilah psikologi iaitu teacher immediacy, academic engagemant, dari bahasa inggeris ke bahasa melayu kerana saya tidak dapat memberikan satu istilah yang sesuai untuk membentuk tajuk bagi tesis saya.Terima kasih di atas jasa tuanUntuk makluman, istilah teacher immediacy dan academic engagement tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk immediacy, iaitu kedekatan, tindakan segera dan perhatian segera. Oleh itu, padanan yang dicadangkan ialah tindakan segera guru atau perhatian segera guru. Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk academic engagement bergantung pada maksud dan konteks penggunaan perkataan tersebut. Contohnya, keterlibatan akademik dan sebagainya.Istilah26.09.2012
Assalamualaikum, Mohon terjemahan perkataan-perkatan berikut ke Bahasa Melayu: 1. Learning Engagement 2. Learning Disengagement 3. Leading Learning 4. Learning Organisation Berbanyak terima kasih di atas bantuan. Salam hormat hjhmisnaUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk Learning Engagement, Learning Disengagement dan Leading Learning dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk learning organisation ialah organisasi pembelajaran. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:
i. learning - pembelajaran
ii. engagement - keterlibatan, perjanjian
iii. disengagement - pembebasan, penyendirian  
iv. leading - termaju, terkini, pimpinan, mendulu
Puan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konsep dan konteks penggunaan.
Istilah24.11.2012

Kembali ke atas