availability | - ketersediaan - kebolehsediaan - kebolehdapatan | Ejaan | 19.06.2013 |
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan tentang laman PRPM yang tidak berapa stabil dan konsisten sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya, sambungan ke laman terputus-putus dan keduanya, ketersediaan Kamus Bahasa Inggeris tidak konsisten, misalnya tidak boleh diakses dua hari yang lepas, kembali pulih semalam, namun tidak boleh diakses semula hari ini. Saya berharap laman PRPM dapat dipulihkan secepat mungkin agar terus membantu ramai penggunanya yang lain seperti saya. Terima kasih. Salam hormat, Puan Geetha | Salam sejahtera, Puan, Maklumat dari Bahagian Sistem Maklumat menyatakan terdapat gangguan sistem dan sedang cuba diatasi. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.09.2019 |
Definisi terma 'food security' dinyatakan dalam carian di laman ini sebagai 'keselamatan makanan'. Sedangkan keselamatan makanan adalah merujuk kepada istilah 'food safety'. Saya mencadangkan/ingin mohon semakan, bolehkah istilah 'food security' tersebut digantikan dengan 'kecukupan makanan'? Mohon maklum balas pihak tuan/puan. Terima kasih. | Berdasarkan konsep dan maksud " food security", terdapat tiga teras utama, iaitu kebolehdapatan/ketersediaan, capaian dan penggunaan. Maka dicadangkan "food security" diterjemahkan sebagai "jaminan makanan" yang dapat merujuk kepada jaminan kebolehdapatan/ketersediaan, jaminan capaian dan jaminan penggunaan. | Makna | 10.11.2014 |