Apa khabar, adakah benar bahawa istilah yatim digunakan untuk anak yang ketiadaan bapa, piatu digunakan untuk anak yang ketiadaan ibu dan yatim piatu bagi anak yang ketiadaan kedua-dua ibu bapanya? | Betul. Anak yatim bermaksud anak yang kematian bapa, sementara anak yatim piatu bermaksud anak yang kematian ibu dan bapa, namun istilah piatu tidak dimaksudkan anak yang kematian ibu. Terima kasih. | Makna | 23.01.2018 |
1. bila masa yang paling sesuai untuk menggunakan tanda (:) dan ( ; ). 2. mohon kepastian ejaan ketiadaan ketelusan atau ketidaktelusan | Jawapan soalan pertama, tuan boleh merujuk penggunaan kedua-dua tanda baca dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1)pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh Hari : Isnin (2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul. (3)Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!” Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga. Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. Jawapan soalan yang kedua, kedua-dua ejaan, iaitu ketiadaan ketelusan dan ketidaktelusan betul. Ketiadaan bermakna tidak ada/tidak memiliki keadaan dan sifat berterus terang iaitu tidak ada sifat telus. Manakala ketidaktelusan ialah kata kerja untuk tidak mempunyai sifat telus. | Tatabahasa | 11.03.2014 |
Penterjemahan Bahasa | Semakan kami terhadap baris yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: "Ketiadaan nama dalam maklum balas SB diutamakan dan dijamin oleh SB sistem dalam talian. Jawapan akan dirahsiakan dan tidak boleh dikesan oleh peserta | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2014 |
Salam, Saya memerlukan khidmat nasihat dalam penulisan untuk terjemahan ayat berikut: Bahasa Inggeris : Availability of female doctors Bahasa Malaysia: Ketiadaan doktor wanita Apakah terjemahan terbaik untuk bacaan umum bagi ayat Bahasa Inggeris di atas?Bolehkah terjemahan Bahasa Malaysia di atas diterima? Kerjasama anda amat saya hargai. Terima kasih. -Zarina- | Availability bermaksud adanya, wujud atau terdapat. Availability of female doctors boleh diterjemahkan kepada Kewujudan doctor wanita. | Tatabahasa | 06.02.2015 |
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Pihak kami menerima komen daripada pengguna laman sesawang facebook berkaitan ejaan tulisan khat yang mana tulisan khat tersebut kami gunakan sebagai logo rasmi masjid. Kesalahan tersebut adalah ketiadaan huruf alif pada tulisan “Sultan” “صلطان” pada logo tersebut. Oleh yang demikian, saya mewakili pihak jawatankuasa masjid ingin memohon nasihat daripada pihak tuan berkaitan hal ini. Bolehkah kiranya kami mengekalkan logo lama atas faktor logo ini telah dicetak dan sekiranya MESTI ditukar ianya akan melibatkan kos yang besar dan adakah ianya menjadi satu kesalahan sekiranya kami terus menggunakan logo ini. Bersama-sama ini saya lampirkan logo masjid kami untuk rujukan dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Setelah pihak kami berbincang, tiada kesalahan pada logo tersebut. Pihak tuan boleh mengekalkan logo ini kerana ejaan yang digunakan mengikut ejaan bahasa Melayu dalam jawi dan rumi. | Ejaan | 11.02.2019 |
Salam, saya ingin tahu kenapa Kamus Dewan atau mana-mana kamus Melayu amnya tidak mengkategorikan sesuatu perkataan sebagai kata kerja (verb), kata adjektif dsb, berbanding dengan praktis dalam kamus bahasa Inggeris. Ketiadaan pengkategorian sedemikian menyusahkan dan mengelirukan para pegguna apabila ingin membentuk perkataan dan ayat dengan sempurna. | Untuk makluman saudara, Kamus Dewan bersifat sederhana dan menumpukan pada kata dan makna kata. DBP sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu (akan terbit tidak lama lagi) dengan memasukkan kelas kata entri kamus tersebut. | Lain-lain | 25.09.2011 |
Mohd Zain Nov 8th, 10:42am Assalamualaikum n selamat sejahtera admin...nak tany DBP masih ada lagi ke jual buku zaba tentang manusia itu bergantung kepada dirinya?? | Alaikumussalam. Buku ini sudah ketiadaan stok di kedai buku Koperasi DBP. Walau bagaimanapun tuan boleh cuba menghubungi Koperasi Universiti Malaya kerana UM telah memborong kesemua buku ini untuk dijual. | Lain-lain | 08.11.2014 |
salam, apakah faktor kesalahan pengguna atau penulis yang sering kali melakukan kesalahan dalam penggabungan kata majmuk rangkaian bebas iaitu 'kenalpasti" yang sepatutnya dijarakkan? jelaskan. | Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih. | Lain-lain | 03.10.2016 |
APAKAH FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA DAN CARA- CARA MENGATASINYA. | Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu. Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih. | Lain-lain | 07.09.2008 |
1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi sekolah setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi ke sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. Manakah yang betul? 2. Banyak kanak-kanak kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. - ayat ini dengan letih lesu salah kerana hokum jamak? 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. Ayat ini betul dari segi tatabahasa? Diam = tinggal 5. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. Jika ayat tanpa buangkan perkataan duduk. Betul atau salah? TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Semoga BAHASA MALAYSIA DIHAYATI OLEH LEBIH RAMAI PELAJAR! | 1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. 2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - Letih atau lesu , kedua-duanya betul 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee diam di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 5. Para pelajar disuruh duduk semasa ketiadaan guru. - Perkataan diam perlu digugurkan kerana antara maksud duduk ialah tinggal atau diam | Tatabahasa | 24.10.2011 |