dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil | Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 04.11.2011 |
visa ketibaan, visa arrival | visa ketibaan | Lain-lain | 04.06.2008 |
Betul atau salah ayat berikut: "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..............". Sila beri penerangan yang jelas. | Dari segi tatabahasa ayat "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..." tidak lengkap kerana tiada subjek atau subjeknyanya digugurkan. Walau bagaimanapun frasa ini diterima dalam laras pengacaraan seperti yang lazim kita dengar dalam majlis-majlis rasmi. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Mohon beri penjelasan, manakah yang betul tentang dua daripada ayat yang berikut: 1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. ATAU 2. Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. Adakah soalan nombor 2 ini betul? | Kedua-dua contoh ayat tersebut betul. Ayat pertama digunakan jika Puan Mary menjadi tetamu kehormat majlis dan pengacara mengumumkan ketibaan beliau agar tetamu bersedia untuk memberi penghormatan. Ayat kedua kebiasaannya digunakan dalam atur cara majlis dan Puan Mary merupakan antara tetamu kehormat majlis. | Tatabahasa | 05.03.2009 |
kehormat/ VVIP | Ketibaan Tetamu Kehormat | Lain-lain | 28.07.2008 |
apakah kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah? 11.Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma telah menggamit mereka yang mencari nafkah di rantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Pembetulan dibuat pada perkataan yang dihitamkan. Satu Syawal yang bakal menjelma akan menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. | Tatabahasa | 25.03.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan sambutan? | Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2008 |
yang manakah betul KATA-KATA ALUAN atau KATA ALU-ALUAN khusus untuk penerbitan majalah sekolah. | Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Lain-lain | 20.10.2010 |
Yang manakah antara frasa berikut mematuhi tatabahasa Melayu baku? (a) Kata-kata aluan. (b) Kata alu-aluan. | Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Tatabahasa | 21.09.2006 |
Selamat malam, saya ingin mengetahui frasa "kata-kata aluan" betul atau "kata alu-aluan" betul?? Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah "kata alu-aluan". Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Tatabahasa | 07.01.2011 |