Asas yang digunakan untuk Sistem Ejaan Jawi Terkini ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang bukunya diterbitkan pada tahun 1949 setelah usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Za'ba bermula pada tahun 1918. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi mengatasi kekurangan, kekeliruan dan ketidakselarasan. Semua proses tersebut melalui jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil dapatan/kajian JK tersebut telah dibentangkan dalam Konvensyen Jawi Kebangsaan pada tahun 1983. Sistem ejaan Jawi itu digelar Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan dan sistem inilah yang digunakan sehingga sekarang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini.
Thanks for clicking. That felt good.