(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan? | Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa | Jawapan seperti berikut: 1. Ketiga-tiga buah bungkusan. 2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai 3. Kedua-dua ibu bapa 4. ibu dan bapa
Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana | Tatabahasa | 01.05.2010 |
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih. | Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan | a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan. Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ? | Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
TD Edisi Ketiga ( m/s 244-247)membincangkan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan. Selain yang dibincangkan, cara lain boleh tak diterima seperti .. (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik betul (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik betul. | (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik. | Tatabahasa | 05.03.2010 |
perkataan belajar tiada dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga | Sila lihat di muka surat 17 Kamus Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 23.05.2010 |
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, sangat cantik nian , sungguh besar betul dianggap betul. Adakah menurut tatabahasa baru, "begitu cantik sekali", "terlalu tinggi benar" pun dianggap betul? Kenapa bahagian kata penguat adjektif sentiasa berubah sejak edisi pertama hingga edisi ketiga? Hal ini memang mengelirukan golongan pelajar kerana sentiasa berubah. | "begitu cantik sekali" dan "terlalu tinggi benar" kedua-dua ungkapan tersebut betul, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan. Sebarang perubahan (jika ada) bertujuan untuk penambahbaikan. | Tatabahasa | 22.02.2009 |
Assalamaualaikum, Bolehkan kata ganti nama diri ketiga -nya digunakan untuk merujuk binatang atau sesuatu selain manusia? | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam. | Tatabahasa | 27.08.2012 |
apakah perbezaan antara perkataan kolej tiga belas dan kolej ketiga belas. manakah antara kedua-dua ini dianggap sebagai kata nama? | Kolej Ketiga Belas ialah nama kolej tersebut. Manakalah kolej ke tiga belas atau kolej ke-13 ialah kolej mengikut kiraan sebelas kolej yang ke-12. Untuk makluman juga, dicadangkan agar kolej yang ke tiga belas tidak dieja tetapi menggunakan angka. Kolej ke-13. Harap maklum. | Tatabahasa | 10.07.2008 |