Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ga.ti.ga] | کتيݢ-تيݢ

Definisi : semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ga.ti.ga] | کتيݢ-تيݢ

Definisi : kesemuanya berjumlah tiga: ~ anaknya sudah bersekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiga-tiga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa

Jawapan seperti berikut:

1. Ketiga-tiga buah bungkusan.
2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai
3. Kedua-dua ibu bapa
4. ibu dan bapa

Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana

Tatabahasa01.05.2010
Salam sejahtera, "Menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut" atau "Menurut dua pertiga responden daripada ketiga-tiga buah negara tersebut"? Sekian, terima kasih.Menurut data kami ayat yang betul ialah menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut.Lain-lain04.05.2020
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai-pandai belaka. b. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka. c. Anak Puan Liza rajin-rajin belaka.Ayat yang gramatis, Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka.
Tatabahasa02.07.2016
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
Sebenarnya soalan 74 yang telah saya kemukakan tentang' meningkatkan', 'mempertingkat', dan mempertingkatkan' berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1695. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan ini digunakan. Jika ketiga-tiga perkataan ini digunakan , apakah perbezaan makna bagi 'mempertingkat' dengan 'mempertingkatkan'? ( terdapat dalam contoh ayat bagi peningkatan).

Saudara,

Bentuk yang betul ialah mempertingkatkan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang saudara rujuk tiada bentuk mempertingkat disenaraikan  tetapi bentuk mempertingkatkan  yang bermakna menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.  

Tatabahasa08.03.2010
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih.Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu.Tatabahasa19.07.2012
bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruanSehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. Tatabahasa02.02.2015
Assalamualaikum. Penuntut ilmu agama Islam memberi (hadiah/sumbangkan/ sedekah) ilmu kepada orang jahil. Ketiga-tiga perkataan boleh digunakan?Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat perbezaan dan persamaan makna antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Kami mencadangkan ayat tersebut diubah (tetapi mengekalkan amksudnya) menjadi "orang yang berilmu bertanggungjawab mengajarkan ilmu yang dipelajarinya kepada orang lain".Tatabahasa21.04.2014
Saya hendak tanya soalan ini. 1. Suki telah menghabiskan______kek itu kerana terlalu lapar . A semua B kesemua C ketiga-tiga Mana satu jawapan yang betul ? 2. Apakah perbezaan cara penggunaan semua dan kesemua ? maksud kedua-dua ada beza tak ? Trima kasih atas nasihat.1. Ketiga-tiga pilihan yang diberi boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. 
2. Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh.
Tatabahasa12.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas