Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti/] | کتيق

Definisi : bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); juru~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin taip; berketik 1. berbunyi spt bunyi mesin taip dll; 2. Kl bersuara; tidak ~ tidak bersuara (kerana takut dll); mengetik 1. berbunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); 2. menjentik, mengetis, menyentil (dgn jari); 3. menaip: ~ surat; ketikan hasil mengetik, yg diketik; ~ jari ketukan (pukulan) jari (pd papan dll): mereka menyanyikan lagu itu dgn gelengan kepala dan ~ jari yg menandakan keasyikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti/] | کتيق

Definisi : kaki serangga (belalang, cengkerik, dll) yg panjang; ketis II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti/] | کتيق

Definisi : Kl; mengetik 1. mencuri (benda-­benda yg tidak seberapa harganya); 2. mema­gut atau menggigit (bkn ular, lipan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah istilah ketik gambar boleh dijadikan nama pertandingan? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ketik ialah:
1. Mencuri (benda-­benda yang tidak seberapa harganya); 
2. Mema­gut atau menggigit 
3. Berbunyi seperti bunyi mesin taip


Maka penggunaan ketik gambar tidak sesuai, cadangan nama pertandingan ialah merakam gambar, mengambil gambar atau menangkap gambar. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.
Makna09.09.2021
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Tap add WI-FI button to find one" sesuai diterjemahkan kepada "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencari Wi-Fi" atau "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencarinya"? Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi ayat tersebut ialah Ketik butang tambah untuk mencari Wi-Fi.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2018
Saya ingin bertanya tentang penggunaan yang betul antara "teruskan rakaman" atau "terus merakam" atau "meneruskan rakaman" untuk ayat ini: Ketik butang hijau untuk "teruskan merakam" dalam mesej suara yang sama. Adakah ayat ini betul? Atau apakah ayat yang sepatutnya jika salah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Ketik butang hijau untuk terus merakam" yang membawa maksud merakam sesuatu secara berterusan, atau "Ketik butang hijau untuk teruskan merakam" yang membawa maksud menyambung merakam setelah terhenti.Tatabahasa03.12.2021
ketip atau kertip kad perakam waktuketik atau mnegetik kad perakam waktuLain-lain12.04.2007
Apakah penggunaan kata yang sesuai untuk 'tap' bagi IT? Adakah 'ketik' atau 'tekan'? Contoh ayat: Tap to open the failUntuk mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi istilah berkenaan, mohon hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03-21442506 atau 03-21424381.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2014
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih

Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan:
1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti.

2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it:
Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 

3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini.
Makna21.09.2022
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan kata " dan kemudian" yang merujuk kepada "and then", adakah penggunaan "dan kemudian" bersifat lewah dan penggunaan "kemudian" sudah memadai untuk merujuk "and then"? Saya juga ingin mengetahui tentang penggunaan tanda baca koma "," sebelum perkataan "kemudian", adakah penggunaan tanda baca ini perlu? Contohnya: Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku, kemudian ketik imej tersebut. atau Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku kemudian ketik imej tersebut. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasihFrasa and then diterjemahkan kepada kemudian. Dalam hal ini perlu juga melihat fungsi kata hubung "dan" di dalam konteks tersebut. Kata hubung "dan" merangkaikan unsur yang sama tara sifatnya. Adakah unsur yang sama antara kemudian dengan kata sebelumnya?
Tanda koma sebelum kemudian boleh diletak ataupun ditiadakan.
Tatabahasa29.05.2015
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011

Kembali ke atas