Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika gagak putih,
     bangau hitam.

Bermaksud :

Kiasan pada zaman yang sudah silam.

 

Lihat selanjutnya...(18)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah yang betul ........ketika saya mengajar atau ....... ketika saya sedang mengajar?Yang betul ialah "ketika saya mengajar".Tatabahasa03.05.2014
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketikaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa.Istilah20.07.2009
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku.

Salam sejahtera,

Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata
nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat.

Tatabahasa19.11.2012
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika

Salam sejahtera,

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu.

Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Tatabahasa06.11.2012
Ketika hujan turun, panggil saya. Apabila hujan turun, panggil saya. Sama maksud ke?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "ketika hujan" ialah semasa hujan sedang turun, manakala "apabila" menyatakan makna pada masa yang sama seseorang melakukan sesuatu atau sesuatu berlaku, ketika, tatkala. Oleh itu, kedua-dua ayat di atas mempunyai maksud yang sama.Makna26.06.2023
ialah ketika atau adalah ketika? Terima kasih

 Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ialahi> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">adalahi> amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat puan dan berkemungkinan kata <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ialahi> dan a<i style="mso-bidi-font-style: normal;">dalah i>tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut.

Tatabahasa09.02.2015
mana yang betul? ialah ketika atau adalah ketikaDalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat tuan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa18.12.2014
"ketika baharu menjadi penyelidik" atau "ketika baru menjadi penyelidik"? jika saya lihat dalam KDP "baru" membawa maksud belum ada sebelumnya, manakala "baharu" membawa maksud mempebaharu, untuk konteks "menjadi seorang" adakah perlu digunakan "baharu" atau "baru"

Kedua-dua perkataan, baru dan baharu boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa12.09.2024
Salam sejahtera tuan/puan. Mohon pengesahan/ penjelasan tuan/puan bagi perkataan yang bersesuaian berdasarkan situasi: 1) Doa Ketika Mendengar Petir atau Doa Ketika Mendengar Bunyi Petir 2) Doa Keluar Masjid atau Doa Keluar dari Masjid Terima kasih.1. Doa Mendengar Petir
2. Doa Keluar Masjid
Lazimnya sesuatu tajuk termasuklah tajuk doa ditulis ringkas. Hal ini berbeza dengan ayat yang ditulis dengan binaan lengkap, seperti berdoa ketika mendengar petir dan berdoa ketika keluar dari masjid.
Tatabahasa15.09.2020
apakah perbezaan "semasa" dan "ketika"? bagaimanakah penggunaannya?Semasa bermaksud pada ketika yang sama, untuk melihat contoh penggunaannya lakukan carian  perkataan di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna06.04.2015
12345678910...

Kembali ke atas