Ramo Omran Sep 7th, 1:02pm BAHASA MELAYU KETINGGALAN DAN TERSISIH DINEGARA SENDIRI. | Terima kasih atas pandangan yang dilontarkan. Untuk mencari jawapannya perlu diteliti dan dibincangkan dengan lebih rinci. | Lain-lain | 07.09.2015 |
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar? | Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard. | Lain-lain | 29.09.2016 |
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran. | Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan? | 1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain. 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku. 3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan? Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Adakah frasa "Mendepani Pertanian" bermaksud menjuarai pertanian? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendepani bermaksud 1. berada di depan sesuatu 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului. Perkataan "menjuarai" pula bermaksud menjadi juara, menjadi johan 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong dan sebagainya) dengan sesungguhnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini berbeza maksudnya. | Istilah | 31.10.2015 |
Tuan, saya mohon pengesahan pihak DBP bagi penterjemahan tema "Integrate Effort : No Woman Left Behind" ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah terjemahannya ialah "Sepadu Usaha : Tiada Wanita Ketinggalan"? Hasmawati | Untuk makluman puan, tema yang dicadangkan oleh pihak kami ialah Usaha Bersepadu, Wanita Maju. Merujuk kepada tema yang dicadangkan, iaitu “Sepadu Usaha, Tiada Wanita Ketinggalan”, frasa “sepadu usaha” adalah salah dari segi tatabahasa dan perkataan yang berunsur negatif seperti tiada, tidak dan sebagainya tidak sesuai dijadikan sebagai tema. Tema yang dibentuk mesti mudah diucapkan, sedap didengar, berunsur positif dan tepat. 1"> | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2016 |
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita. | 1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul. C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul. D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
salam 1 Malaysia, soalan saya. Bolehkah perkataan 'deprivasi' digunakan untuk merujuk kepada keadaan tidak beruntung? contoh ayat; keadaan infrastruktur yang kurang di kawasan luar bandar, menyebabkan masyarakat luar bandar dalam keadaan terdeprivasi dalam semua aspek--sosial,ekonomi, dan politik. terima kasih | Perkataan "terdeprivasi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Cadangan kami ialah, tuan boleh mengantikan perkataan tersebut dengan "ketinggalan." | Tatabahasa | 24.11.2015 |
Tolong betulkan ayat berikut: 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menjerat ikan. 2. karim sedang memperbaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai di sekolah kerana keinggalan bas. terima kasih | 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menangkap ikan. 2. Karim sedang membaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai ke sekolah kerana ketinggalan bas. | Tatabahasa | 03.05.2011 |
apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; | Makna | 05.07.2010 |