Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketua-tuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minta penjelasan tentang masalah-masalah berikut: Contoh: 1. kenapa di akhir ayat di dalam surat rasmi tidak boleh menggunakan perkataan 'di atas' contoh: "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas" 2. "Mesyuarat pada 23 Julai 2012 telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan atau Ketua-ketua Jabatan?" Kedua-dua 'K' huruf besar atau cuma permulaan huruf sahaja? mohon penjelasan tuan. Terima kasih.1. Perkataan di atas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2. Ejaan Ketua-ketua Jabatan betul kerana kata ganda dikira sebagai satu perkataan, hanya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa09.08.2012
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? 5. Ayah saya Timbalan Ketua Polis @ timbalan ketua polis? 6. Saya ketua kelas 3A @ saya Ketua Kelas 3A? 7. Di pekan Jabi atau Pekan Jabi? Harap pihak DBP boleh jelaskan penggunaan huruf besar dan kecil dengan lebih jelas. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? Selam

Berikut merupakan penerangan bagi setiap ayat/frasa:

  1. “Abang saya Ketua Jabatan Sumber.”, “Ketua Jabatan Sumber”, merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  2. “Dia berasal dari bandar Batu Gajah.”, “bandar” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.
  3. “Dipersilakan Menteri Kesihatan Malaysia memberikan ucapan.”, “Menteri Kesihatan Malaysia” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  4. “Saya tinggal di Kampung Mewah.”, “Kampung Mewah” merupakan kata nama khas dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  5. “Ayah saya Timbalan Ketua Polis.”, “Timbalan Ketua Polis” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  6. “Saya Ketua Kelas 3A.”, “Ketua Kelas 3A” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  7. “Di pekan Jabi atau Pekan Jabi?”, “pekan” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kata nama khas dan kata nama am, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 84 - 86.


Tatabahasa04.03.2024
Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. NohPenggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin .Tatabahasa24.04.2013
tuan, ketua kampung itu meminpin anak buahnya berjaga malam mengawal kampung. Apakah kesalahan ayat ini, tuan? dan bagaimana membetulkannya. TQAyat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa15.08.2011
Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:27pm assalamualaikum Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:28pm saya fatihah wakil dari UTP Writing Group kami akan mengadakan karnival penulisan di Universiti Teknologi PETRONAS pada 28-29 September 2015 kami ingin menjemput Tuan Ketua Pengarah, YB Datuk Dr. Haji Awang sebagai VVIP program kami boleh saya tahu prosedurnya?Undangan boleh dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah di alamat: Pejabat Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Ketua Pengarah, melalui pembantu beliau Puan Norazlina Sakri, 03-21479011/azlina@dbp.gov.my.Lain-lain29.08.2015
Salam Mengikut pekeliling kerajaan 2014, sapaan YBrs. sahaja digunakan untuk ketua jabatan ataupun ketua institusi. Khidmat nasihat DBP membenarkan penggunaan YABrs. bagi gred 54 ke atas ataupun YBhg. bagi ketua institusi. Mohon tuan berikan pencerahan. Terima kasih.Untuk makluman tuan, rujukan bagi panggilan hormat dan kaedah penggunaannya berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014. Dewan Bahasa dan Pustaka juga merujuk dokumen ini untuk kaedah penggunaan panggilan hormat.Lain-lain07.07.2024
surat kepada KP (u.p.Ketua Unit) sapaanTuan merujuk kepada (Ketua Unit)Tatabahasa11.10.2011
SAYA INGIN BERTANYAKAN BAGAIMANA INGIN MEMBUAT LAWATAN? TUAN ADA CADANGAN BAHAGIAN APA YANG BOLEH DILAWATUntuk makluman tuan, tuan perlu menghantar permohonan berserta maklumat lawatan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

E-mel: hazami@dbp.gov.my; cc kepada: dina@dbp.gov.my

Antara cadangan tujuan lawatan adalah untuk menambah pengetahuan tentang penerbitan di DBP seperti proses menerbitkan kamus, majalah dan buku pelbagai genre. Puan juga boleh mengetahui tentang kursus-kursus atau program-program yang diadakan yang melibatkan pelajar sekolah.
Lain-lain11.06.2024
Assalmualaikum. Saya Muhammad Safwan Bin Abd Jamal dari Mrsm Taiping. Saya diberi tugasan untuk melaksanakan kajian apa-apa perkara. Jadi, saya memilih kajian saya ialah menghasilkan novel atau cerpen. Saya ingin menggunakan khidmat ini untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti bagaimana untuk membina plot cerita yang menarik, mencadangkan, membetulkan ayat dalam cerita dan sudi untuk menyemak hasil kerja saya. Jadi, saya memerlukan bantuan pihak tuan/puan dalam menjayakan kajian saya. Boleh atau tidak saya menggunakan perkhidmatan ini. Saya berharap agar pihak dbp dapat membantu saya. Saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.Salam,

Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan. Kami mencadangkan supaya tuan berbincang dengan ketua tuan tentang kesulitan yang tuan hadapi. Tuan juga boleh mencari maklumat di perpustakaan atau bertanyakan individu yang lebih arif dan ada menyediakan perkhidmatan seperti yang disenaraikan.
Lain-lain17.03.2017
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih.1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari

2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar.

Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas =  Guru Kelas Tahun Enam Cerdas

4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan.

guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa26.12.2012
12345678910...

Kembali ke atas