Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga | 1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. 2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. 3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. 4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. 5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar. 6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. 7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. 8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. 9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah. 10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
1) Adakah pengisian Kursus tatabahasa Siri II & Siri I sama? 2) Bagaimana boleh saya mendaftar? | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 11.03.2015 |
Assalamualaikum Tuan, Dari segi tatabahasa, bolehkah saya memulakan ayat dengan perkataan "Tetapi..." seperti dalam ayat berikut: Tetapi Ahmad disifatkan terlalu "bebas" dan dia dipecat kerana menulis tentang keburukan ketuanya. Salam & T. Kasih. | Kata hubung tetapi tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kerana kata hubung tersebut bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. | Tatabahasa | 26.11.2010 |
Fatihah Ruzlan Aug 17th, 11:19am assalamualaikum dan salam sejahtera..boleh saya tahu pihak DBP ada menganjurkan pertandingan deklamasi puisi merdeka kategori terbuka tahun ini? saya amat berminat dalam penyertaan. terima kasih.. | Tuan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui ketuanya, Tuan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. | Lain-lain | 17.08.2015 |
Maaf diminta! Berkenaan dengan pertanyaan saya yang dihantar petang ini, tolong abaikan lampiran yang dihantar tadi. Salinan yang betul dilampirkan dengan ini. | Berhubung dengan pertanyaan tuan, kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek DBP. Tuan boleh menghubungi ketuanya, Puan Hajah Kamariah Yusof, melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my. | Lain-lain | 15.04.2015 |
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "sahkan" dan "mengesahkan"? Sila berikan contoh. Sekian, terima kasih. | Sahkan lazimnya digunakan dalam arahan atau kata perinta, seperti sila "sahkan kehadiran tuan", manakala mengesahkan bermaksud mengakui bahawa sesuatu benar, seperti beliau mengesahkan ketuanya akan berada di Tokyo selama empat hari. | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Ashykeen Assrule Ar Aug 10th, 2:08pm asalamualaikum , saya Faezor Ashikin Aspar dari University Brunei Darussalam hendak menyanyakan soalan adakah pihak DBPKL sudah menerima email dari pihak UBD berkenaan internship di DBPKL? | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, melalui ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 10.08.2015 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya jika pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan berbayar untuk semakan penggunaan kata terbitan. Sebagai contoh yang dimulai dengan perkataan anti, pra dan pro. Maklumat dalam kamus tidak banyak. Jika ada, siapakah yang harus saya hubungi beserta nama, no telefon dan emel. Terima kasih. | Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan pegawai di Bahagian Perkamusan, melalui ketuanya Puan Dr. Fadilah Jasmani, 03-21479686/fadilah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 18.06.2014 |
Muhammad Suhaimi Apr 14th, 9:24am Assalamualaikum Tuan/Puan, Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) akan datang kami Akademi Intelektual Muda (AIM) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Abduh di Institut Pendidikan Guru Bangi. Bagaimana sekiranya kami ingin menjemput Ujana Buku DBP untuk turut memeriahkan ruang pameran kepustakaan pada hari program berkenaan? Terima kasih. MUHAMMAD BIN SUHAIMI 019 3977213 | Sila hubungi Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP melalui ketuanya Encik Azhar Mohamad Dora, di talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.04.2015 |
DALAM SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA, NAIB PENGERUSI ATAU PENOLONG PENGERUSI YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN? | Tidak ada perbezaan yang ketara dari segi bahasa bagi penggunaan perkataan “Naib Pengerusi” dan “Penolong Pengerusi”. “Naib Pengerusi” bermaksud pembantu kepada pengerusi. Perkataan “penolong” pula digunakan di hadapan nama jawatan untuk menunjukkan gred yang lebih rendah daripada jawatan yang dinyatakan. Contohnya, Penolong Setiausaha. Perkataan “penolong” juga membawa maksud orang yang membantu ketuanya. Contoh penggunaannya, penolong ketua pengawas. Perbezaan penggunaan nama jawatan dan hierarki jawatan tertakluk pada sesebuah organisasi atau pertubuhan yang menggunakannya. Walau bagaimanapun, perkataan “Naib Pengerusi” telah mantap penggunaannya dan digunakan secara meluas, namun penggunaannya haruslah bersesuaian dengan situasi dan hierarki, seperti yang dinyatakan di atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1513 dan 2393. | Lain-lain | 09.06.2025 |