Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.juh.tu.juh] | کتوجوه-توجوه

Definisi : tujuh-tujuh sekali, tujuh semua­-nya: ~ anaknya sudah dewasa dan ber­jaya dlm hidup masing-masing; ~ maja­lah ini mempunyai khalayak sasarannya yg ber-lainan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.juh.tu.juh] | کتوجوه-توجوه

Definisi : bertujuh sekali; bertujuh semua­nya: ~ orang pemain bola jaring itu ke­letihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketujuh-tujuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera pihak DBP bahagian sintaksis/tatabahasa. Saya mengalami kekeliruan dalam bidang ini dan beberapa persoalan untuk diajukan. Seperti yang kita sedia maklum, setiap ayat yang ditulis mahupun diucapkan sama ada panjang atau pendek dapat dikembalikan kepada ayat dasar ataupun ayat ini yang menjadi dasar kepada pembentukan ayat. Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai sebuah petikan ini: "Pada hari Ahad yang lepas, rombongan SK Kampung Chalok telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor. SK Kampung Perman di kawasan pedalaman negeri Johor. Kami tiba di Jeti Pelapol pada pukul 6 pagi. Kami menaiki feri untuk ke sana. Bagi menuju ke sekolah tersebut, kami perlu menongkah arus sungai yang deras. Tepat pada pukul 8 pagi, kami telah tiba di sana. Kami gembira pihak sekolah telah mengadakan sambutan untuk meraikan kedatangan kami." Petikan tersebut mengandungi 7 ayat. Namun, saya mengalami kekeliruan untuk: 1. membezakan ayat majmuk dan ayat tunggal dari segi binaan frasa dan binaan klausa. 2. Selain itu, susunan ayat dan ragam ayat ketujuh-tujuh ayat tersebut mengelirukan saya dalam mengklafikasikan mereka. Bolehkah pihak DBP memberikan pencerahan kepada saya? Saya berharap pihak DBP mampu memberikan penerangan yang baik untuk saya dalam memahami perkara di atas. Saya memerlukan maklumat tersebut untuk mamahamkan saya lagi dalam bidang sintaksis. Terima kasih.Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Contoh: Pasukan bola jaring kebangsaan kita (subjek) bermain bersungguh-sungguh (predikat). Ayat majmuk pula ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh: Ali sedang membac buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik. Ayat asal: (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Berdasarkan penerangan dan contoh ayat ini, sila teliti contoh-contoh ayat yang tuan berikan. Perlu diingat, ayat yang panjang tidak bermakna ayat tersebut ayat majmuk, selagi ayat itu hanya mengandungi subjek dan predikat, ayat itu ialah ayat tunggal.
Contoh: Pada hari Ahad yang lepas, rombongan SK Kampung Chalok telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor - ayat ini ialah ayat tunggal.
(a) Subjek - rombongan SK Kampung Chalok
(b) Predikat - telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor pada hari ahad yang lepas.
Untuk maklumat lanjut sila baca penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 463 - 514. Tuan juga perlu menguasai aspek subjek dan predikat, rujuk halaman 465 dan 467 buku yang sama. 
Tatabahasa13.09.2023
Boleh berikan definisi bagi tajuk " Bahasa Melayu Abad Ke Tujuh" ?Bahasa Melayu abad ketujuh bermaksud bahasa Melayu yang digunakan oleh kerajaan Melayu pada abad ketujuh di daerah Jambi, Sumatera. Bahasa Melayu pada masa itu disebut bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit.Makna08.01.2008

Kembali ke atas