Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(74)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul, 'purata keuntungan' atau 'keuntungan purata'Kedua-duanya betul, cuma bergantung pada konteks ayat. Tatabahasa24.08.2009
pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh?Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran.Tatabahasa13.11.2016
apakah maksud memaksimakan keuntungan firma?Sila rujuk syarikat atau badan kewangan untuk mendapatkan maksud frasa tersebut atau rujuk buku-buku yang berkaitannya ataupun IPTA/IPTS. Frasa yang betul ialah "memaksimumkan keuntungan firma".Makna14.08.2009
apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannyaPeribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum.Makna16.07.2008
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung.Istilah05.02.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah terjemahan bahasa Melayu yang betul untuk "profit crediting date" ialah "tarikh pengkreditan keuntungan"? Saya telah membuat carian di laman sesawang PRPM tetapi tidak menjumpai akan perkataan "pengkreditan". Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu yang betul bagi perkataan profit crediting date ialah tarikh perkreditan keuntungan.Istilah13.11.2019
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
Saudara, Adakah kata terbitan tergolong dalam Kata Nama Am? Sebagai contoh: Apakah kata-kata nama am dalam ayat berikut? Setiap hari, penjual pisang goreng itu telah memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

1. Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Kata terbitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.  

2. Contoh kata nama am yang terdapat dalam ayat yang saudara kemukakan ialah hari, penjual pisang goreng, keuntungan, dan perniagaan

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 67. Terima kasih.

Tatabahasa12.01.2009
Dalam ekonomi, istilah 'house flipping' diguna untuk merujuk kepada pembelian rumah, ubah suai dan kemudian menjualnya untuk keuntungan. Manakala pelakunya dipanggil 'house flipper'. Boleh saya tahu cadangan istilah untuk dua perkataan ini?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "house flipping" dan "house flipper". Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.  Istilah23.03.2017
Dalam media pengiklanan, kebiasaanya pengusaha - pengusaha memandang enteng akan kepentingan Bahasa Melayu dalam iklan komersial mereka. Mereka lebih mengutamakan nilai komersial dan keuntungan daripada menitikberatkan soal Bahasa Melayu itu sendiri. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk ini pada hari khamis ini. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk membantu saya. Antara soalan yang ingin tuan kupaskan; 1) Tahap pencemaran Bahasa Melayu dalam iklan, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. 2) Bahasa rojak dalam iklan. Adakah dibenarkan? 3) Pendapat pihak tuan sendiri mengenai isu ini. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Untuk menjawab pertanyaan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan rujukan yang pelbagai. Kami cadangkan saudara rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan perpustakaan lain di IPTA dan dapatkan kertas kerja seminar yang berkaitan. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik.

Lain-lain10.10.2010
12345

Kembali ke atas