Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Istilah | 10.05.2013 |
1. Apakah terjemahan untuk perkataan "technopreneurship"? Keusahawanan tekno? 2. ...boleh mendapatkan kebenaran dari (atau daripada?) Bahagian Perancangan Penyelidikan FRIM | 1. Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk technopreneurship. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk entrepreneurship iaitu keusahawanan dan technoentrepreneur ialah teknousahawan. Istilah yang dicadangkan ialah teknokeusahawanan. 2. ... boleh mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan | Istilah | 11.10.2011 |
apakah definasi pengusahawanan | Kata terbitan pengusahawanan tidak ada, yang ada ialah keusahawanan bermaksud segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: contoh ayat - kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan pengurusan dan pembangunan keusahawanan di negara ini. | Makna | 06.06.2009 |
Perkataan "PRAKTIKUM" adalah sepatah perkataan baru yang saya temui yang digunakan dalam satu frasa "PRATIKUM KEUSAHAWANAN" Apa ertinya "Praktikum" ? dan apa perkataan seerti dalam bahasa Inggeris. Sila bantu. Terima kasih Dari: David Chua | Praktikum ialah padanan perkataan practicum dalam bahasa Melayu dan merupakan istilah dalam bidang pendidikan, walau bagaimanapun tidak ada huraian makna bagi perkataan tersebut. Melihat kepada bentuk perkataan tersebut seperti akronim dua perkataan, hal ini akan kami pastikan terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak Datuk. | Tatabahasa | 09.04.2010 |