Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk istilah ekonomi yang berikut? 1. Revealed-preference method 2. Stated-preference method Terima kasih.

1. revealed preference method - kaedah keutamaan ternyata

2. stated preference method - kaedah keutamaan keadaan

Istilah27.10.2011
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih.Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna24.03.2022
1.adakah papan tanda perniagaan boleh menggunakan selain daripada bahasa melayu? 2.apakah syarat-syarat penggunaan papan tanda perniagaan?

Puan Ashura,

i. Visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain.

ii. Perkataan dan huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari segi warnanya  di suatu kedudukan yang lebih jelas dan bersaiz lebih besar.

iii. Kedudukan bahasa Melayu hendaklah di sebelah atas kiri atau tengah.

Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat permohonan iklan papan tanda sila hubungi Jabatan Pelesenan, Dewan Bandaraya kuala Lumpur, no. tel. 03-26176000. 

Lain-lain01.06.2010
intrusion utk makna di atas, mohon pencerahan kerana: dlm MABBIM - istilah Malaysia = penerobosan dlm istilah Malaysia (Kejuruteraan) = perejahan Soalan sy: 1. Kenapa penerobosan tiada dlm istilah Msia tetapi ada di dalam MABBIM - Malaysia? 2. Dari segi keutamaan, istilah Malaysia kemudian MABBIM? 3. Bagaimana kalau penerobosan dirasakan lebih tepat? Contoh ayat: A kick is an intrusion of unwanted fluids into the wellbore such that the effective hydrostatic pressure of the wellbore fluid is exceeded by the formation pressure.Saya akan ajukan soalan ini kepada Bahagian Peristilahan.  Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dihantar melalui e-mel.Lain-lain09.06.2014
Perbezaan Garis Panduan / Dasar / Polisi dan susunan keutamaan.

1.  Makna garis panduan: (i) panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan.1">

2.  Makna dasar: (i) pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras; (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi; (iii) yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok. 1">

3.  Makna polisi (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; (ii) dokumen yg mengandungi kontrak insurans.1">

1"> 

Daripada makna yang telah dihuraikan, maka sewajarnya susunan keutamaan ialah (i) DASAR; (ii) POLISI; dan (iii) GARIS PANDUAN.1">

Makna30.12.2016
Saya ingin mengutarakan 2 soalan. 1. Sekiranya ada cadangan untuk Kedai Buku DBP yang utama ( flagship bookstore ), dapatkah ia disatukan dengan perpustakaan DBP? 2. Dapatkah Kedai Buku DBP menjual buku bahasa Inggeris sebagaimana yang dilakukan oleh Popular Bookstore dan Kinokuniya Bookstore? Terima Kasih

1. Untuk makluman saudara, Kedai Buku DBP diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi DBP manakala Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) pula merupakan salah satu bahagian dalam DBP. Kedai Buku dan PDM merupakan dua entiti yang berbeza.

2. Keutamaan hanya pada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu sahaja.

Lain-lain02.03.2009
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad.

2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada  perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah:  keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.

Tatabahasa30.11.2010
Ini adalah berkaitan dengan syarat permohonan papan iklan di hadapan kedai : 1. Perlukah alamat syarikat dimasuk dalam papan iklan? 2. Adakah saiz perkataan untuk jenis aktiviti perniagaan telah ditetap atau akan disemak mengikut perkadaran dengan saiz nama syarikat ? Terima kasih

i. Visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain.

ii. Perkataan dan huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari segi warnanya  di suatu kedudukan yang lebih jelas dan bersaiz lebih besar.

iii. Kedudukan bahasa Melayu hendaklah di sebelah atas kiri atau tengah.

Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat permohonan iklan papan tanda, sila hubungi Jabatan Pelesenan, Pihak Berkuasa Tempatan yang dimohon.

Pihak tuan/puan juga boleh membuat pengesahan bahasa secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my ,kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan tuan/puan.
Lain-lain26.10.2020
PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. PBT WAJIB MENJALANKAN FUNGSINYA MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA DAN MEMPERKASA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. "KALAU ADA YANG TIDAK TERIMA BAHASA MELAYU , LEBIH BAIK JANGAN DUDUK DI MALAYSIA," YDPA SULTAN IBRAHIM SUDAH BERTITAH , PEGAWAI KERAJAAN TUNGGU APA LAGI ? SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA !Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga amat diambil berat kerana membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuk keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna.

Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan (DBKL) berserta dengan gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut (nombor sijil atau nama penuh premis).

Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
Lain-lain27.01.2026
123

Kembali ke atas