apa itu keutuhan wacana? | Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. | Makna | 27.02.2007 |
Memerlukan pennerangan berkenaan 'Ciri-ciri keutuhan wacana' | Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Oleh itu, ciri-ciri keutuhan wacana boleh dilihat dari segi kelseluruhan wacana termasuklah bahasa dan penanda wacana yang digunakan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan antaranya; Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-konsep Asas dan Falsafah Pendidikan Negara (Abdul Rahman Haji Abdullah). | Lain-lain | 24.03.2009 |
apakah itu keutuhan wacana? apa yang boleh dipanggil sebagai wacana? | Wacana:- 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; | Makna | 30.10.2008 |
Assalamualaikum, Saya mohon agar pihak tuan dapat memberikan penerangan yang terperinci mengaenai perkataan " INTEGRITI AMALAN KITA". Sekian, terima kasih. | Integriti bermaksud kejujuran, ketulusan atau keutuhan. Oleh itu ungkapan ini bermaksud kejujuran/ketulusan/keutuhan menjadi amalan seseorang atau organisasi. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Integrity(bahasa ingeris)=integriti(bahasa Malaysia moden)=ketulusan hati\kejujuran\keutuhan(bahasa Malaysia sebenar). Diragukan BM moden ini tanpa disedari akan menggalakkan rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa 'rojak' dan berbahaya jika kita ingin mempertabatkan Bahasa Malaysia. | Saudara Mohd. Hafiz, Perkataan 'integriti' diterima dalam bahasa Melayu sebagai variasi kepada perkataan ketulusan, kejujuran, keutuhan dalam usaha mempelbagaikan dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu bagi memberi pengguna lebih banyak pilihan kata. Penyerapan kata ini ke dalam bahasa Melayu tidak akan menggalakkan bahasa rojak kerana proses penyerapannya dibuat mengikut tatacara penyerapan kata daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu seperti yang ditentukan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah, manakala bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu dalam ayat, frasa atau wacana. | Lain-lain | 22.03.2010 |
APAKAH MAKSUD INTEGRITI? | Puan Normazidlan, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. | Makna | 09.07.2009 |
Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif? | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. | Tatabahasa | 03.08.2008 |
Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "Solidariti pasca banjir' di dalam ayat di bawah sesuai atau menepati maknanya. Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti pasca banjir menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. | Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti, menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. Tiada masalah dengan penggunaan perkataan solidariti dalam konteks ayat yang tersebut, hanya gugurkan perkataan pascabanjir. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
maksud integriti. | Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. | Makna | 08.01.2008 |
Assalamuaikum, saya ingin bertanyakan tentang contoh atau perkatan kata - kata serapan kata saing dalam bahasa Melayu dan cara untuk menganalisi keutuhan wacana dalam sesebuah teks. | Saudara, Kata serapan atau kata asing dalam bahasa Melayu antaranya ialah auditorium, teknoligi, prosedur, proses dll. Untuk jawapan bagi soalan kedua sila hubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa atau e-mel hafizah@dbp.gov.my | Lain-lain | 18.09.2010 |