jawapan atau jawaban yang mana satu betul? kewajiban atau kewajipan? terima kasih. | Dari segi pembentukan kata jawab + akhiran an menjadi jawaban. Tetapi ejaan jawapan sudah mantap digunakan. Begitu juga dengan kata wajib. Yang mantap digunakan ialah kewajipan. | Ejaan | 31.01.2008 |
huraian mengenai inisiatif, proaktif dan bertanggugjawab, saya perlukan maksud beserta huraian | 1. Inisiatif bermaksud daya usaha. 2. Proaktif bermaksud bekenaan sikap positifmerangka atau melakukan sesuatu tindakan. 3. Tanggungjawab bermaksud kewajipan yang dipikul oleh sesorang. Bertanggungjawab bermaksud mempunyai tanggungjawab atau kewajipan terhadap sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 05.02.2008 |
salam sejahtera. aya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "kewajiban" dan "kewajipan". adakah kedua-duanya sama atau ade perbezaan apabila ingin menbuat ayat? harap pihak DBP dapat membantu. | Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan. | Tatabahasa | 20.01.2010 |
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini. | Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.12.2006 |
Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat m/s 615 & 1795. Adakah kata ` jawapan`dan `jawaban` membawa maksud yang sama dan boleh bersilih ganti pengggunaannya? Begitu juga kata ` kewajipan` dengan `kewajiban`? | Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan. | Istilah | 18.04.2009 |
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan | a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan. Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Assalamualaikum... 1. Saya keliru dengan penggunaan wacana yang tepat iaitu sama ada 'oleh demikian' atau 'oleh yang demikian' atau 'oleh hal yang demikian'? Yang mana satu yang betul? 2. Saya berharap pihak tuan dapat menjelaskan sebab ejaan 'jawab' dan 'jawapan' berbeza dari segi penggunaan konsonan 'b' dan 'p'. begitu juga dengan perkataan 'wajib' dan 'kewajipan'? terima kasih. | Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kata demikian bermaksud begitu, begini, seperti itu. Oleh yang demikian bermaksud oleh(hal)yang begitu. Penggunaan ungkapan yang mantap ialah oleh yang demikian. Bagi menjawab soalan kedua saudara, kata dasarnya ialah "jawab". Oleh yang demikian, bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban". Walau bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul. | Tatabahasa | 18.02.2009 |