Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ngan] | کواڠن

Definisi : perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ngan] | کواڠن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Encik, Antara "dari segi kewangan" dengan "daripada segi kewangan" yang manakah betul? Mengapakah? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "dari segi kewangan" kerana kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama daripada  hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan artau perbezaaan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk  keterangan lanjut.  Tatabahasa10.03.2009
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil

Puan Noryeen,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan.

Istilah13.01.2010
Soalan 1: A ) meningkatkan sumber kewangan B) menambahkan sumber kewangan Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B ? Soalan 2: A)Semua penduduk kampung B) Seluruh penduduk kampung C) Penduduk-penduduk kampung ? Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B atau C ? Soalan 3: "Seorang penduduk kampung sedang mengecat dinding pondok itu." Betulkah penggunaan seorang penduduk kampung? Terima kasih.1. (B) menambahkan sumber kewangan 
2. (A)Semua penduduk kampong, (B) Seluruh penduduk kampung 
3. Frasa "seorang penduduk kampong" boleh digunakan.
Tatabahasa10.06.2014
Mohon pencerahan berhubung tatabahasa bagi ayat berikut: i) peraturan kewangan semasa Kerajaan; atau ii)peraturan kewangan Kerajaan semasa. terima kasih.Penggunaan yang betul ialah peraturan kewangan semasa kerajaan. Perkataan semasa menerangkan peraturan kewangan pada sesuatu masa tersebut, bukan menerangkan kerajaan yang semasa.Tatabahasa30.12.2016
Ini adalah cadangan tajuk untuk sebuah buku. Kekeliruan timbul untuk meletak perkataan ASAS. Tajuk buku ialah : 1.Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan atau 2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas

Kedua-dua tajuk buku tersebut berbeza, iaitu:

1. Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan bermaksud buku kerja yang asas bagi Perancangan Kewangan.

2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas bermaksud buku kerja tentang Perancangan Kewangan yang asas.

Tatabahasa04.02.2009
Yang manakah penggunaan perkataan lebih tepat samaada "Kelulusan Segera" ataupun "Kelulusan Pantas"? Bagi menunjukkan situasi kelulusan permohanan pinjaman kewangan dari institusi kewangan.Istilah yang tepat ialah kelulusan segera.Tatabahasa17.09.2013
Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Adakah ayat dan ejaan ( Pengurus Besar Jabatan Kewangan) di atas betul?Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Ayat ini betul.Tatabahasa02.05.2017
Dalam penyata kewangan, mana satu istilah yang sesuai untuk digunakan ya? 1. Lain-lain pendapatan 2. Pendapatan-pendapatan lainSalam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah Pendapatan lain. Lain dalam maksud ayat tersebut sudah membawa maksud pendapatan daripada sumber yang berbeza. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu.Tatabahasa06.04.2020
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV?

Saudara Joseph,

Cadangan  padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'.

Istilah22.06.2009
Bahagian Pembiayaan Kewanganfinancing divisionLain-lain12.11.2008
12345678910...

Kembali ke atas